Thursday 14 September 2017

Yogyakarta : Itinerary, Tips and Tricks

Helloooo dan selamat malam Malaysia (it's 9.33pm , September 13, 2017 while I wrote this post)

<3

It feels good to be home after a few days kat Jogja. Hehehee. Trip to Jogja kali ni ialah trip kawan-kawan je. Chemists trip since 6 of us are chemistry students from UPM (Kimia Perindustrian, Kimia Petroleum dan Kimia Tulen (read : pure chem)). And trip kali ni merupakan kali kedua aku jejak kaki di Jogja after Kelud Eruption in February 2014. Last time trip under fakulti, so tak best sangat sebab banyak melawat uni je. UNY, UGM etc. Dulu pun dapat la merasa pegi Goa Pindul. Tu pun sebab flight delay hahaa. Satu fakulti risau kat ktorang masa tu. Okayy okayy enough tak nak cerita pasal 2014. Ayuh kita bercerita pasal 2017!

So trip ke Jogja kali ni aku tak drive macam pegi New Zealand last March. Boleh baca post tu if you guys nak pegi sana. Sumpah best!!! Dan sumpah banyak duit habis hahahaa. Aku tak berani nak drive kat Jogja (or any part of Indonesia). Dorang punya driving style SANGAT DAHSYAT wehhhh wa cakap. Aku respect mereka (Malaysian) yang berani drive kat sana. Fuhhh.

So basically trip Jogja kali ni aku pakai supir. Tak perlu any GPS or waze dah kat sana. Supirnya udah hafal every inch of Yogyakarta gittewww. Sesat tu takde dalam kamus hidup dia agaknya hahahaa. Dan supirnya pun boleh tahan jugak drive sana. Seram sejuk jugak wehhh.

Itinerary

# Day 1 || 7 September 2017 || Thursday

Flight details : QZ 601
Boarding : 9.25am (waktu Malaysia)
Arrived : 11.38am (waktu Malaysia), 12.38pm (waktu Indonesia)

Supir jemput di airport. Nama supir ktorang Mas Jimmy. Boleh tahan kelakar orangnya. Supir Mas Jimmy ni ktorang dapat daripada Den Yana. Ni contact number dia +62-817-261-513

- Luncheon di Serba Sambal.
- Check in hotel : The Grand Palace Hotel, Yogyakarta.
- Wisata Kalibiru.
- Bakpia food testing di kilang Bakpia Pathok 25 (ada jual, ada free tester hehee).
- Toko batik di Bandar Jogja (batik dia lawa-lawa ya ampunnnnn).
- Dinner Mee Ayam Bakso di Mee Ayam dan Bakso Idolaku.
- Beli roti dan jajan untuk next day di Indomaret (Indomart).
- Balik istirehat di hotel.

# Day 2 || 8 September 2017 || Friday

- Goa Pindul for cave tubing.
- Goa Tanding. Sini ada water rafting tapi tak buat pun. Pergi tengok-tengok je sebab dah penat cave tubing tadi. Plus bajet lari hahahaha.
- Sightseeing dan minum air kelapa di Pantai Kukup.
- Order lobster di Pak Sis Timang. Then terus naik gondola di Pantai Timang.
- Hutan Pinus Pengger.
- Balik istirehat di hotel.

# Day 3 || 9 September 2017 || Saturday

- Sunrise di Mount Merapi.
- Early lunch di Rumah Makan Bonda Merapi.
- Melawat Gereja Ayam.
- Melawat Candi Plaosan sebab candi-candi lain semua mahal haha.
- Minum jus. Taktau nama kedai apa sebab main terjah tepi jalan je.
- Balik istirehat di hotel.

# Day 4 || 10 September 2017 || Sunday

- Sunrise di Mangunan Fruit Garden.
- Sightseeing dan breakfast di Bukit Panguk. Tak ingat nama kedai apa sorry huhu. Tapi ada satu kedai makan je kat atas Bukit Panguk tu.
- Sightseeing di Hutan Pinus
- Sightseeing di Watu Goyang.
- Shopping di Malioboro.
- Early dinner. Makan bakso kat gerai Bakso Seringin depan klinik mata Dr. Yap.
- Minum Kopi Luwak, Mataram Loewak Coffee di Bantul.
- Balik istirehat di hotel.

# Day 5 || 11 September 2017 || Monday

- Check out hotel : The Grand Palace Hotel, Yogyakarta.
- Breakfast soto perut di Warung Soto Pak Marto.
- Balik ke Malaysia, Ohh Tanah Airku.

Flight details : AK 347
Boarding : 12.55pm (waktu Malaysia)
Arrived : 3.40pm (waktu Malaysia), 4.40pm (waktu Indonesia)

Expenditure/Budget

* Flight return ticket = RM 255.10 per person (sharing luggage)
* Hotel = Rp 2,232,000 for 5 days 4 nights ( 2 rooms)
* Supir = Rp 450,000 per day
* Simcard Three = Rp 50,000 for 3GB. 

# Day 1 || 7 September 2017 || Thursday

* Makan di Serba Sambal = Rp 28,000 (nasi putih + ayam bakar cinta + teh ais )
* Wisata Kalibiru
Entrance fee = Rp 10,000 per person
Spot gambar = Rp 15,000 per person
Gambar = Rp 200,000 untuk 53 keping gambar. Ktorang decide untuk beli semua. Kalo nak beli satu-satu mahal. Rp 4,000 sekeping. 
* Makan di Mee Ayam dan Bakso Idolaku = Rp 14,000 (mee ayam bakso + teh ais)

# Day 2 || 8 September 2017 || Friday

* Goa Pindul
Cave tubing = Rp 100,000 per person
Gambar + CD = Rp 130,000 per group
* Pantai Kukup
Entrance fee = Rp 50,000 per mobil
Air kelapa = Rp 30,000 untuk 3 biji (Harga asal Rp 12,000 sebiji. Nego dapat la murah sket)
Udang celop tepung = Rp 15,000 (Udang dia berbau sket so makan sikit je. Tak sure either dia memang tak fresh atau bau rempah. Tapi rasa dan bau dia memang pelik)
* Timang Beach
Ojek/Motor = Rp 60,000 per person    
Gondola = Rp 200,000 per person
Makan Lobster = Rp 100,000 per person (Harga termasuk ikan bawal, teh ais, sotong celop tepung, tempe)
* Hutan Pinus Pengger
Entrance fee = Rp 2,500 per person
Gambar = Rp 8,000 (Rp 4,000 sekeping (softcopy))

# Day 3 || 9 September 2017 || Saturday

* Trip Mount Merapi = Rp 900,000 (2 jeeps)
* Makan di Rumah Makan Bonda Merapi = Rp 126,000
* Gereja Ayam = Rp 44,000 per person (Entrance fee + mobil)
* Candi Plaosan
Entrance fee = Rp 50,000 per person (Harga asal Rp 150,000 per person tapi sebab Mas Jimmy ada geng yang keja kat candi so dapat murah hehehe)
Tips jurufoto (kawan supir) = Rp 20,000
* Minum jus buah = Rp 7,000 per person

# Day 4 || 10 September 2017 || Sunday

* Mangun Fruit Garden = Rp 5,000 per person
* Bukit Panguk
Entrance fee = Rp 2,000 per person
Breakfast = Rp 12,000 (nasi + ayam goreng)
* Hutan Pinus = Rp 2,500 per person
* Watu Goyang = Rp 2,000 per person
* Malioboro = Rp 200,000 sahajoo hahaa sebab takde benda nak beli. Masa 1st time datang Jogja 2014 dulu dah banyak shopping sampai exceed berat luggage hahahahaa.
* Dinner bakso di Bakso Seringin = Rp 10,000 per person
* Kopi Luwak
Minum = Rp 30,000 per cup
50g serbuk kopi luwak = Rp 150,000 beli jugak la sebab Abah peminat tegar kopi

# Day 5 || 11 September 2017 || Monday 

* Breakfast soto perut di Warung Soto Pak Marto = Rp 30,000 per person

So total all in trip Jogja 2017 = RM 803. 

p/s : Kalau korang kira expenses kat atas dengan RM803 memang tak tally la sebab expenses atas tu ada yang ktorang tong-tong berenam. Total RM803 tu kira semua total duit yang aku dah keluarkan untuk trip Jogja.

Ada lagi Rp 5,000 baki dalam purse ni hahahaaa. Trip ktorang quite mahal sebab hotel dan tiket flight. Yes hotel ktorang duduk tu grand gila kot. Nama pun dah The Grand Palace Hotel. Hahahaaa. Mas Jimmy pun ada cakap yang ktorang ni antara customer dia yang mewah duduk hotel tu. Selalunya orang datang Jogja duduk hotel biasa-biasa je. Hmm nak buat camne terpaksa book hotel tu sebab hotel lain semua dah fully booked!!! Flight pun mahal. Ada yang dapat murah hari tu dalam RM 96 je return ticket KL-JOG-KL. Gila murah weh. Pandai-pandai la korang eh. Aku ada bagi tips untuk cari tiket murah di post New Zealand sebelum ni. Jemput klik link hehee.

Korang boleh dapat murah lagi dari RM 800. Serius boleh. RM 800 ni dah kira mewah habis dah ni kalo kat Jogja. Ni pun sebab aku shopping berapa la sangat Jogja tu. Kalo tak, mau dekat RM1000 jugak habis tu hahaha.

Tips and Tricks

1. Simcard 
Jangan beli simcard Three sebab line teruk nak mam***. Aku balik Malaysia data masih berbaki lagi sebab internet slow gila namateyyy. Nasib baik hotel ada wifi. And menyampah gila bila setiap setengah jam mesti dapat mesej suruh topup sebab beli sim ni, dorang tak sekalikan dengan kredit. Cuma ada data je. Beli Telkomsel/SimPATI much better. Ohh btw Three ni tak support personal hotspot. So terpaksa la kami bertiga (bilik hotel sama) yang pakai iOS beli sorang satu. Bilik yang Android tu boleh la share hotspot. Hmm.

2. Gambar lawa
Yes mostly gambar ktorang memang lawa (flip shawl vigorously) hahahaa. Serius tak tipu. Sebab ada beberapa tempat yang ktorang pegi tu memang ada photographer dia sendiri. Pakai DSLR kauuuu. So korang just keluarkan duit je nanti k. And jangan lupa pose cantik-cantik. Kalo gambar lawa, tapi pose tak lawa tak jadi jugak hahahahahaha. Okay jangan kecam. 

3. iOS VS Android
LOL this is not a techno post. So aku bukan nak compare mana lagi bagus. HAHAHAAA. Cuma nak bagitau yang gambar softcopy korang dapat kat setiap spot tu, mostly senang di transfer ke Android phone. Sebab photographer nya semua pakai Android. Bersyukur la antara ktorang berenam, 3 iOS - 3 Android. Kau jangan nak kecam sangat pengguna iOS ni k. Ye aku tahu iPhone 8 and iPhone X dah keluar. Duk diam-diam jangan nak kecam sangat.

4. Kebersihan
Hotel. Yes hotel tempat aku stay tu sangat bersih. Tip top habis so tak boleh nak complain lebih-lebih pasal kebersihan hotel, toilet etc. Cuma mana-mana part of Jogja ni sila la bawak dan pakai mask. Sebab berhabuk. Nak pergi Mount Merapi masa naik jeep hari tu pun berhabuk ya ampunnn. Debu dia halus-halus. Masuk lungs kau habis la. Lagi-lagi yang ada asma etc tu. So mask ni pun boleh cover muka korang daripada kotoran-kotoran yang bakal menyebabkan jerawat. Haaa cuak lettewww cakap pasal jerawat. Kawan aku naik seketul jerawat sepanjang duduk Jogja. Sourvernir katanya. Ahahaah.

5. Makan dan minum
Bab makan kat Jogja, mungkin tak perlu nak risau sangat sebab mostly Muslim kan kat sini. Cuma kena hati-hati la sebab orang kata ada yang buat meatball bakso tu daripada daging tikus. Aku pun tak sure kesahihannya camne tak boleh nak cakap lebih-lebih la kan. Tapi since ktorang ada supir, Mas Jimmy ni Islam k. So dia yang bawak ktorang pegi makan sana sini. So dia tahu la mana yang perlu mana yang tak. Minum, kalo korang dah desprate sangat dahaga tu, sila beli air mineral yang bertutup (sealed). Sebab takut jugak kalo minum air tak bersih kan. Karang ada yang cirit-birit masa travel nanti. Pehhhh sumpah mati mood. Boleh buat gaduh weh kalau kau mencirit masa travel ni.

6. Cuaca
Indonesia sama je cuacanya macam Malaysia. Tak perlu risau. Siangnya sama panas macam kita hahaa. Cuma masa nak pergi Mount Merapi awal pagi tu, memang sejuk la around 16-18°C. Kat Mangunan Fruit Garden pun sama je sejuknya sebab pegi awal pagi untuk tengok sunrise kann.

Okay cukup 6 je la kot so far tips and tricks ni. Yang lain-lain maybe common travel tips la kot. Semua dah tahu kan. Takkan la cara-cara nak lipat baju masuk luggage pun aku nak kena tunjuk sini hahaa.

p/s : tak perlu visa pun untuk pegi ke any part of Indonesia. 

Okayyy. This is the best part of this post. Photosssss. Please enjoy *insert wink emoji*

1) The Grand Palace Hotel




Ni antara gambar hotel yang kami stay hari tu. Serius wehhh selesa gila. 1 bilik mximum 2 orang je tapi pandai-pandai kami seludup jadi 3 orang hehee. Staff hotel tu pun macam dah tak kisah kot sebab dah banyak kali dorang nampak kami berenam je lalu-lalang area hotel tu. Plus kat hotel ni susah gila nak jumpa Malaysian. Ada la 3-4 orang je yang aku nampak hari tu. Mostly semua mat saleh mata biru hijau. 

2) Wisata Kalibiru




Kat Wisata Kalibiru ni ada disediakan kedai makan, tempat solat, dan toilet yang bersih! Ktorang pegi ke Wisata Kalibiru ni hari Khamis. So memang takde orang sangat nak berebut nak beratur nak que untuk ambik gambar semua. Relax tenang-tenang ajaa. Tak perlu nak rush pun. Tapi kalo hari Sabtu Ahad, bersedialah dengan perisai anda hahahaa. Dan kat sini disediakan photographer berDSLR siap spotlight everything. And dorang yang siap guide kita untuk pose atas pelantar tu. So senang kerja kita bukan?

3) Kilang Bakpia Pathok 25

Bakpia coklat

Bakpia ni dia ada banyak version. Bakpia Pathok 25, Bakpia Pathok 75 etc. Dulu yang famous Pathok 75 la kata Mas Jimmy. Tapi lama-lama Pathok 25 take over. Maybe sebab dah kurang kick dia tu. Kat kilang yang ktorang pegi ni dorang ada prepare 4 perisa bakpia. Kacang hijau, coklat, cheese, ubi keledek (purple). Tapi tester dorang bagi cheese dengan coklat je. Bagi aku bakpia ni hanya sedap bila di makan masa panas-panas je. Bila dah sejuk, tak sedap sangat. Plus kulit bakpia ni rasa dia macam roti canai je. Takde la special bagi aku sebab dah selalu makan roti canai kan. Aku tak beli pun. Tibai tester je hehehee.

4) Toko batik



Kedai batik ni mana-mana pun ada area bandar Malioboro. Dan batik dia sangat murah dan lawaaa errr I kenottt la. Tapi aku tak beli pun. Minat tu minat tapi bajet dah lari hahahaa. Kawan aku je yang duk memborong kat sini untuk family dia sebab this is her first time in Jogja. Kedai batik ni bukan hanya jual batik je, kain sutera pun ada. Ya Allah dia punya kain sutera tu lembuuuuuutt sangat weh. Geram betul. 

5) Goa Pindul

Cave tubing

Hahahaaa sorry 1 photo je aku up kat Goa Pindul ni. Sebab mostly gambar yang photographer snap kat dalam gua tu tak lawa sangat. Spot nya lawa tapi photographer nya takde skill. Hmm. Semua gambar zoom in. Stress ktorang tengok! Dah la bayar mahal weh Rp 130,000. Setakat gambar zoom in baik tak payah. Baik aku tempek gambar selfie je kat instagram hahahaaa. Tapi okay la buat merasa lagi sekali. Lepas ni tobat dah kot tak masuk Goa Pindul ni hahaaa. Goa Pindul yang aku masuk kali ni lain daripada yang tahun 2014. Tempat dia jauh sket la. Tapi yang tu ada dalam pakej lain. Kena bayar another Rp 100,000. Sebab dah merasa dulu, so kali ni tak masuk pun la yang tu. Quite kecewa jugak la kat Goa Pindul ni. Tapi apa boleh buaaatttt. 

6) Pantai Kukup



Kat Pantai Kukup ni best. Walaupun cuaca panas, sea breeze dia tetap sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa Indonesia hehee. Tak merasa la sunburn sangat walaupun kulit aku dah slowly burn masa tu. Sebab angin sejuk kannnn. Kat sini takde aktiviti sangat pun yang boleh buat kecuali duk berkelah, makan-makan, mandi laut macam biasa. Jadi aku up gambar permandangan je la ye. Ktorang ada jugak makan udang kat sini tapi part makan semua aku kumpul skali kat bawah. Keep scrolling k. So geng aku kat sini banyak duk selfie etc. Biasa la dorang semua kan stok retis-retis kecuali aku yang muka sememeh tudung sebelet yang tak semengah ni. Kalo ambik gambar pun muka sepesen je. Tak reti nak pose ala-ala model macam orang tu (YOU KNOW WHO GENG KENTUT BERSEPAH KALO KORANG DAH BACA BLOG AKU NI HAHAHAAA).

7) Pantai Timang





Nak naik gondola kat Pantai Timang ni sangat mencabar weh. Bukan naik gondola je yang mencabar, otw nak pegi ke Pantai Timang yang paling mencabar gilaaaa. Sebabnya ktorang sampai agak lambat dan jeep kat sana dah habis untuk bawak ktorang ke Pantai Timang. So terpaksa la ktorang naik ojek (motor). Jalan nak ke Pantai Timang ni dah la sempit, tak rata, berbatu kasar, siap pakej jauh 3 km lagi dari tempat ktorang park kereta. Jalan dia pulak berbukit bukau. Cramp tangan sebab duk menahan pegang motor.

Ktorang datang ke Pantai Timang ni hari Jumaat (9.9.2017) after zohor. And fyi, team Running Man ada datang Pantai Timang ni untuk shoot denda Lee Kwong Soo naik gondola for 1 % I Go episod. Aku tak sure dorang datang hari Isnin (5.9.2017) atau Selasa (6.9.2017) Yang aku perasan welcome banner dan R flag (kat gondola) dorang still ada kat sana. Orang yang handle gondola tu pun cakap waktu Running Man datang situ, penuh peminat dorang sepanjang 3 km jalan yang berbatu-batu tu. Fuhhh memang diehard fans betul la. Dan Pantai Timang ni ditutup the whole day sepanjang shooting Running Man berlangsung.

8) Hutan Pinus Pengger


Mas Jimmy rancangnya nak tengok sunset kat Hutan Pinus Pengger ni. Tapi masa sampai kat sini, memang dah gelap tak nampak langsung matahari nya. Ktorang pun dah mula moody dah time tu hahaa. Sebab rancang lain tapi benda lain jadinya. Cuma kawan-kawan aku duk pujuk-pujuk cakap kita husnudzun je kita husnudzun je k. Tengok la apa-apa yang ada. Then terjumpa la spot untuk bergambar macam kat atas tu. Then bila bergambar kat sini, ehhhh lawa pulak gambarrrrnyaaa. Terus macam okaaaaaayyyy gambar ni kena beli 2 ehhehee. Then yang aku perasan, orang lain mostly up dalam itinerary gambar dorang waktu sunrise, siang atau sunset. Kira rare la gambar malam-malam berlatarbelakangkan scenery bandar Jogja waktu malam. Ada hikmahnya. Tu la orang cakap kita yang merancang, tapi Allah yang menentukan.

9) Mount Merapi













Nak ke Mount Merapi ni, kena naik jeep sebab jalan dia boleh tahan teruk jugak. Ye la nak naik gunung kan. Bukit Broga pun jalan dah tak semengah, apatah lagi Mount Merapi ni yang masih aktif. Bila-bila masa je boleh meletus. Since ktorang berenam, kena book 2 jeep sebab 1 jeep boleh muat 3 orang je tak termasuk pemandu. And anddd sila bawak sweater atau baju tebal ye anak-anak. Sebab sejukkkk weh. Tak menggigil tapi still sejuk. Ye la pagi-pagi buta before sunrise lagi dah menapak ke Merapi sebab nak tengok sunrise punya pasal. Dan jangan lupa jugak bawak mask korang. Sini debu teruk gila weh. Teruk sangattt.

Out of semua aktiviti yang ktorang buat kat Jogja, Mount Merapi trip paling best bagi aku. Quite informative jugak la bagi aku yang malas membaca info semasa ni. Sebab supir jeep ktorang, Mas Teko dengan anak sedara dia (lupa nama weh sorry! hahaa) cerita sedikit sebanyak pasal letusan Merapi 2010. Letusan tu antara yang terdahsyat pernah berlaku sebab batu yang besar dari dalam gunung tu pun terhempas boleh mencecah 15 km jauhnya dari Mount Merapi. Bayangkan betapa teruknya letusan Merapi masa tu. Mas Teko pun ada bagitau pasal rakan-rakan dia yang jadi sukarelawan pada hari kejadian pun turut terkorban sekali masa tu. Goosebumps weh masa dia duk cerita. Lagi-lagi bila dia duk cerita sambil bawak ktorang melawak rumah (dijadikan sebagai muzeum) yang rosak akibat Merapi. Rumah tu quite besar la. Dorang ada tunjuk replika rumah tu sebelum berlakunya letusan Merapi tu. Cantik rumahnya. Tapi sekelip matanya je musnah akibat Merapi. Sebak jugak la masa tengok gambar letusan semua.

10) Gereja Ayam


Silauuuu padan muka tak bawak shades. Blerghhhhhhhhhhhh.



Gereja Ayam. Yes, gerejanya berbentuk ayam. Kau jangan nak gelak sangat eh. Sebelum aku sepak-sepak muka kau (dialog troll budak darjah 5 vs darjah 3) hahaaa. Sini kau boleh tengok keunikan gereja kat Jogja ni. Selalu gereja yang kita nampak tu bentuk common la segi empat kotak-kotak. Tapi hat ni bentuk ayamm. Omeyyy angattt. Hehehee. Takde aktiviti penting pun boleh buat kat sini. Just melawat kawasan sekitar je. Plus, kawasan dalam gereja ni pun still dalam renovation. Tapi bentuk gereja unik. Aku ulang ye bentuknya yang unik. Jangan expect lebih-lebih bila datang sini. Behave sikit kat rumah orang ni. Rumah kita sendiri pun kita behave kan. And benda paling released gila rasa bila pegi toilet dia. Bersih weeh! Aku pulak nak tercirit dah time tu dengan perut berangin-angin sepoi bahasa. Buat mati mood betul. Kan dah cakap kalo mencirit time travel ni boleh buat gaduh silap hari bulan grrrr.

11) Candi Plaosan








Out of semua candi i.e Candi Borobudur, Candi Prambanan etc, Candi Plaosan ni la yang paling istimewa. Kenapa? Sebab selalunya candi dia tempat beribadat bagi 1 agama je. Contohnya Candi Prambanan yang merupakan candi Hindu terbesar dan termegah yang dibina di Jawa manakala Candi Borobudur yang merupakan candi Buddha terbesar dunia. Tapi Candi Plaosan ni, dia merupakan campuran kedua-dua agama Hindu dan Buddha. Sebab kalo perasan, struktur bawah dia macam Candi Prambanan tapi bahagian atas ada stupa. Stupa tu bentuk dia macam loceng sket yang ada kat Candi Borobudur. And terima kasih kat Mas Vishnu sebab bawak ktorang jalan-jalan area candi ni and siap tolong jadi unofficial photographer lagi hehehee.

12) Mangunan Fruit Garden



Kat Mangunan Fruit Garden ni boleh tengok sunrise siap dengan awan-awan nano lagi. Tapi malangnya hari kejadian, takde langsung awan yang menjengah. Langit clean and clear!!! Kami pulang dengan perasaan hampa. Sobss. Sebab kalo ada awan, spot gambar sini lawa gilaaaa. Kalo tengok gambar orang lain yang dah datang sini, siap ada awan berkepul-kepul. I iz jealouzzzz.

13) Bukit Panguk




Bukit Panguk ni pun best jugak view nya. Tak ramai orang datang sini. Angin dia sejukkkk membelai muka #ehhh Dann ktorang breakfast kat sini before menuju ke next destination.

14) Hutan Pinus




I will stare at you until you marry me #ehhhhh

Dah nama pun Hutan Pinus. Mestilah banyak pokok pine. Hahahaa. Taknak describe lebih-lebih kat Hutan Pinus ni sebab UPM pun ada hutan pinus dia sendiri. Tak percaya? Silalah datang ke UPM Serdang ye kawan-kawan. Hehhehee.

15) Mataram Luwak Coffee


   


Luwak tu musang ye anak-anak. So kopi luwak ni kopi musang. Semua orang sebenarnya dah salah sangka pasal kopi luwak. Dorang duk ingat yang kopi luwak ni sebenarnya kopi yang dibuat daripada najis musang. Dulu aku pun duk pikir kopi najis musang. Dah pelik kenapa kau nak jugak minum kopi taik musang banyak lagi kopi hipster kat luar tu ada. Aduhhhh. Pusing aku! Pusing tau! 

Sebenarnya, kopi luwak ni biji kopi jugak. Cuma biji kopi tu dah dimakan oleh musang dan musang tu berak keluar balik biji-biji kopi tu. Biji kopi tu tak ter-digest sekali dalam perut musang tu. Dan musang-musang tu pun high taste wehhh. Dia tak pilih la biji-biji kopi yang biasa cikai-cikai ni. Only the best biji kopi je yang dia telan. Lepas musang tu keluarkan najis dia yang berbentuk biji kopi yang tak ter-digest tadi, maka najisnya diambil, dibersih, diproses dan dibakar suhu yang tinggi sebaiknya untuk dijadikan serbuk kopi. Haa bukan minum najis musang k. Imam Muda Asyraf pun ada datang minum kopi luwak kat sini tau.

16) Makan-makan di Jogja

Soto perut di Warung Soto Pak Marto

Udang celop tepung + air kelapa di Pantai Kukup

Nasi putih + ayam bakar cinta di Serba Sambal

Yang ni menu pelbagai. Yang penting ada sate cendawan dan jus alpukat

Nasi putih + ayam goreng + lele goreng + sambal di gerai Bukit Panguk

Lobster + ikan bawal + sotong celop tepung + sambal tempe di Pak Sis Timang

Bakso sapi di Bakso Seringin tepi jalan

Mee ayam bakso di Mee Ayam dan Bakso Idolaku

Okayyyy kasi up satu gambar dengan Mas Jimmy before balik Malaysia

Okayyyy. Itu sahaja kali. Til next journey pulak :D

p/s : post ni lagi panjang daripada post pegi New Zealand hari tu ahahaa

xoxo
fatima zahara

2 comments:

  1. Which website did you book the hotel? And other tours?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For hotel we book thru booking.com and our supir handle the rest i.e merapi tour

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers