Sunday, 14 May 2017

Traveloka : Blog It To Win It!

Helloooo and assalam everyone! Happy Sunday *wink*

Previous post hari tu aku ada tulis pasal travel ke New Zealand kan? Best! Sangat best dan wallahi tak tipuuuuu sebab sampai sekarang pun aku hari-hari duk bukak gambar dan video masa kat NZ hari tu. Tapi pepatah Melayu ada kata, "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Se-best mana pun negeri orang, seteruk mana pun negeri kau, tapi negeri kau jugak lah yang akan kau kenang nanti. 

Gituhhh.

So kali ni, aku nak tulis pasal travel experience aku di negara tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Last year, 2016 aku ada tulis post Itinerary Sabah : 7 hari vs 7 pengembara sempena penutup penghabisan travel aku di Malaysia. Kira complete lah 1 Malaysia ni aku jelajah sepanjang hidup 25 tahun ni. And the ending to my journey was super awesome!!! Sabah is the best place for everyone! Serius tak tipu ni.

And this post, aku akan repost experience aku masa di Sabah lagi sekali sempena blog contest held by Traveloka, iaitu #MYTravelAdventure. Boleh bukak web dia #TravelokaMY di Traveloka Blog untuk maklumat lanjut. Aku ni pun menggelabah namateyyy dah sebab deadline 15 May 2017, which is esok! Menggelabah la sebab hari ni dah 14 May kuttt. Saja nak cuba nasib. Menang tak menang belakang kira yang penting effort tu ada. Gigih gila woiihhh nak writing kat blog padahal thesis MSc aku pun tergendala kat chapter 4 tak sudah-sudah. Hahahaa. Takpe bro, kita cuba k. Kita cuba.

So ayuh kita throwback kembali ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu pada 27 Ogos - 3 September 2016.

Day 1 || 27082016

To the Land below the Wind we goooooo~~

Helllloooooo Sabahhh. Gebu gebas awan nano di Sabah. Dah macam marshmallow dah rupanya.

tips : Please come early to the airport. Lebih-lebih lagi kalau naik AirAsia sebab dorang dah ketatkan implementation policy for 7kg cabin luggage. So pandai-pandai la ye time management tu.


Lepas touch down di airport Sandakan, menonong kami pegi isi perut di Dad's Kitchen sebelum bergerak ke rumah Kak Mastura. Di Dad's Kitchen, kami terus ber-shell out. Two thumbs up wa cakap luu! Murah dan sedap. RM75 sahajo untuk makan 7 orang.

Day 2 || 28082016

Lepas solat subuh, semua bersiap-siap untuk bergerak ke Semporna. Sebelum tu, kami isi perut dulu dengan makanan Bugis sebab Kak Mastura sekeluarga ni orang Bugis. 

Sanggar penyek. Sanggar is pisang ye anak-anak.

Durian merah

Yang ni pulak durian merah. First time tengok depan mata durian merah ni. Nama saintifik durian merah ni Durio graveolens Becc. Orang Sabah panggil durian merah ni durian dalit. Isi dia solid sangat. Selalunya orang tak makan durian ni macam durian normal isi warna kuning-oren yang selalu kita makan tu. Family Kak Mastura buat sambal dengan durian merah ni. Sedap bakhang. 

This is Tampi-tampi, Semporna. Sangat sempornaaaa la wuihhh.

 



Sunrise transformation. Subhanallah lawa sangattt. Gambar ni tanpa filter ye. Original warna tanpa touch up mana-mana. Sunrise ni kami tengok dari belakang bilik je sebab chalet yang kami sewa di Tampi-tampi ni atas air. Rumah air gituuu. 

National diver in the making

Day 3 || 29082016

Third day, kami bergerak ke Taman Marin Tun Sakaran dan get ready untuk mendaki Bohey Dulang. 

Crystal clear water. Fuhhh~





Pulau Bohey Dulang ni dipercayai terbentuk daripada letusan gunung berapi berjuta tahun dahulu. Kalau naik bot dari Jeti Semporna ke Bohey Dulang ni, lebih kurang sejam jugak la jauhnya. Taktau la pulak berapa jarak dalam batu nautika ni. Ahahaa. Untuk sampai ke puncak Bohey Dulang ni, kena mendaki la sikit. Sikit sahajo sebab ketinggian dia pun dalam 300 meter je. Tambah lagi 300 meter berjalan. Takde la tinggi mana pun. Tapi semput jugak lah bagi yang stamina flattt ni. Hahaa.




Selepas penat hiking Bohey Dulang, kami naik bot lagi untuk aktiviti snorkelling pulak ke Pulau Sibuan dan Pulau Mentabuan. Masa tiba kat pulau-pulau ni, memang boleh nampak lah abang-abang askar sekeliling pulau tu untuk jaga perairan Sabah daripada lanun-lanun luar tu. Sebab dah banyak kes pasal lanun tak bertauliah ni masuk perairan Sabah. Bila sampai situ pun kami sempat jugak la sembang-sembang sikit dengan abang askar yang duk berjaga kat Pulau Sibuan. 

Day 4 || 30082016

Lepas snorkelling, kami bergerak ke Telupid pulak untuk mandi sungai di Tawai Rainforest Camp. Memang aktiviti kami kat Sabah ni memang penuh dengan aktiviti air. Hehehee. 

Legaaaa bakhanggg. Ayaq sejukkk.



Lepas mandi sungai di Telupid, kami bertolak ke Ranau untuk bagi anak-anak ikan makan di Tagal Fish Spa, Kg Luanti Baru. RM5 per person sahaja untuk masuk sini. Tu pun dah include dengan makanan ikan yang pihak dorang provided. Worth it!

Day 5 || 31082016

Kami sambut kemerdekaan yang ke-59 di Kundasang. Dari Ranau ke Kundasang, memang mencabar perjalanannya lebih-lebih lagi bila nak ke Hounan Ridge Farmstay, tempat kami bermalam. Naik turun bukit dekat 45degree kot. Demi permandangan Gunung Kinabalu yang cantik, kami gagahkan diri jugak walaupun berbukit-bukau perjalanannya. 




Majestic view of grand Mount Kinabalu

Kata Kak Mastura, gadis Sabah sejati, gempa bumi yang berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 dengan 6.0 skala richter telah menyebabkan salah satu tanduk Gunung Kinabalu yang jugak dikenali sebagai Donkey Ears Peak telah patah sejurus gempa bumi berlaku. Donkey Ears Peak merupakan antara 7 puncak tertinggi di Gunung Kinabalu selain dari Low's Peak, St John's Peak dan jugak Ugly Sister Peak.

A must try gelato desa!



Tak perlu ke New Zealand, cukup ke Kundasang sahaja pun dah okay sangat dah. View lawa, gelato sedap, lembu pun gebu gebas sihat walafiat. Cukup-cukup makan semuanya.


Kundasang Memorial Park. Memorial Park ni didedikasikan untuk askar-askar British dan Aussie yang terkorban di Sandakan POW camp. Di Memorial Park ni jugak ada Australian Garden, British Rose Garden dan jugak Borneo Garden. Bagi yang minat bunga-bunga dan tempat bersejarah ni, tempat ni memang sesuai untuk anda.

Day 6-7 || 01092016-02092016

Hari ke-6, kami drive dari Kundasang straight to Kota Kinabalu. Sempat sourvenir hunting dan cari makan di bandar KK. 




Sunset di Pantai Tanjung Aru

Wajib makan bila datang Sabah!

Seafood hunting di Pasar Filipina.




Shell out masak sendiri #bangga hahahaa

Perkara yang menarik di Sabah selain daripada flora dan alam semulajadi ialah makan laut. Tbh, aku memang pencinta makanan laut walaupun ada sedikit alergik dengan udang. Kalau makan tu, ada la rasa gatal-gatal sikit. Tapi tu tak menjadi masalah. Alah bisa tegal biasa orang kata. Kami pun sempat shopping seafood untuk buat shell out sendiri kat apartment yang kami sewa. Fuhhh makan mewah sekali hadap je. Sebabnya makanan laut dekat Sabah ni semuanya murah-murah dan fresh dari laut. Kalau pergi Sabah tapi tak makan lobster, kau tergolong dalam golong orang-orang yang rugi. Sebab lobster dia besar, murah dan sedap. Serius weh sedap gilaaaaaa. 



Table for 3 : Baby lobster masak telur masin, ikan kerapu tiga rasa, sotong celup tepung, udang goreng butter. Baby lobster tu sangat recommended!! Sangat-sangat recommended sebab sangat sedap. Isi lobster tu manis gilaaa weh. Kuah dia tiptop. Padu beb! Semua makanan ni boleh cari kat Todak Waterfront dan ianya baru berharga RM85 SAHAJA!!!

Day 8 || 03092016

Balik Semenanjung :D

The End.

Okayyy. Itu sahaja untuk post kali ni. Basically, perjalanan kami ni memang untuk bersuka-ria melihat flora nan-hijau, laut nan-biru dan jugak mencari makanan laut yang sedap sehingga menjilat jari.

So, this is my local travel story. What's yours?? Don't forget to check out their website for more details https://www.traveloka.com/en-my  #TravelokaMY #MYTravelAdventure #Pray4Fatima
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers