Thursday, 16 February 2017

Blueberry Cheese Tart In Progress

Cheeeeeeeeeesssseeeeee tartttttt


Yes, I'm that one person who gets excited about anything that so cheesy. Yummy! So last week masa cuti Thaipusam ktorang buat potluck kat Bukit Ekspo UPM. Berkumpul semua chemistry postgraduate students batch 2011/2015.

Since dah lama gila tak buat cheese tart and semua barang dah ada kat rumah, makanya progress untuk baking tart pun berjalanlah seperti biasa. Last time buat cheese tart masa nak raya tahun lepas, 2016. Laku okayy cheese tart I. Laku keras orang cakap. Hahaahaaaa.

So this recipe nak kena buat citation sikit kat Puan Azlita sebab ikut resepi dia. Seriously Puan Azlita ni best gila tengok dia baking. Teringin nak buat sama tapi pemalas. Hahaa. This is me. Typical Fatima Zahara yang pemalas. Please don't try this at home. Please don't. 

Okay cukup mukadimah. Sekarang ni dia resepi nak buat cheese tart paling mudah kat dunia #sisseriusnihhh

Blueberry Cheese Tart

Materials

Bahan-bahan untuk crust :

240g tepung
170g butter or marjerin 
50g gula aising
1 biji telur gred C
1 sudu kecil esen vanila
acuan tart

Bahan-bahan untuk filling :

250g cream cheese
50g gula halus
1 biji telur gred B
Setengah sudu kecil esen vanila

Methodology

Pukul butter dengan gula aising guna spatula atau senduk untuk baking tu. Jangan pakai senduk untuk masak pulak. Pukul tapi jangan lama sangat. Then, masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi acuan tu. 

(Aku keep typing and delete acuan as mixture. Inilah padahnya bila selalu masuk laboratory).

Lepas tu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sambil pukul acuan tadi so that dorang akan sebati bersama. Uli sampai jadi doh yang lembut dan simpan dalam peti sejuk semalaman. Kalau malas tak menyempat, sejam pun okay je. Aku punya tahap malas, lepas prepare bahan crust, masuk peti, siap-siapkan bahan untuk filling, then keluarkan balik dari peti. Okay so don't do this at home. Ini aku punya tahap malas. Korang yang rajin-rajin tu, simpan la atleast sejam okay??

Then, lepas keluar dari peti, ambik doh crust tadi dan letak kat dalam acuan tart. Cucuk crust dengan garpu atau pencungkil gigi. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sampai masak.

Okay untuk filling pulak, tak kisah korang nak pakai filling apa. Nutella pun boleh. Tapi aku suka blueberry. Chocolate tu dah selalu sangat la makan. Bosan dah.

Untuk filling, keluarkan cream cheese tu awal-awal dalam 20-30 minit sebelum guna sebab kalau keluar peti then terus nak guna, keras la cik kak oi. Susah nak pukul nanti. Okay, so pukul cream cheese dulu, bila dah creamy sikit, masukkan gula halus. Pukul lagi sampai sebati. Bila dah homogenize semua, baru masukkan telur dengan esen vanila. Pukul lagi mixture cream cheese tu sampai puas hati tengok tahap dia creamy macam mana. 

Crust dah siap, filling dah, cream cheese pun dah.

Okay next, masukkan filling dah crust tadi, piping cream cheese pulak. Dulu masa awal-awal, aku letak pakai sudu kecik je. Punya la noob masuk dapur ni. Bila dah rajin tengok Jamie Oliver kat Instagram, baru reti guna piping bag. Hahhahaa. Okay next! Lepas tu dah letak cream cheese, kalau rajin, deco la sikit atas atas cream cheese tu. Kalau rajin la. Kalau malas pun takpe. Nanti makan cheese tart togel camtu pun takde masalah. Watlek watpis je. Masuk perut nanti membuang jugak kan. Heheeee.

Lepas deco semua tu, masukkan sekali cheese tart tu dalam oven for 5 minutes suhu 170°C jugak. Untuk tahu dah okay ke belum, sentuh cream cheese tadi dengan jari. Kalau tak melekat, kira dah masak la tu. Kalau still melekat kat jari, bakar lagi sikit tapi jangan lama sangat. Satgi hangus, haru-biru korang kat dapur.

Taraaaaaaaa. Inilah hasilnya . . . .

Dalam oven pun dah nampak gebu gebas :D

 


Okayyy selamat mencuba guys :D

xoxo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers