Sunday, 14 May 2017

Traveloka : Blog It To Win It!

Helloooo and assalam everyone! Happy Sunday *wink*

Previous post hari tu aku ada tulis pasal travel ke New Zealand kan? Best! Sangat best dan wallahi tak tipuuuuu sebab sampai sekarang pun aku hari-hari duk bukak gambar dan video masa kat NZ hari tu. Tapi pepatah Melayu ada kata, "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Se-best mana pun negeri orang, seteruk mana pun negeri kau, tapi negeri kau jugak lah yang akan kau kenang nanti. 

Gituhhh.

So kali ni, aku nak tulis pasal travel experience aku di negara tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Last year, 2016 aku ada tulis post Itinerary Sabah : 7 hari vs 7 pengembara sempena penutup penghabisan travel aku di Malaysia. Kira complete lah 1 Malaysia ni aku jelajah sepanjang hidup 25 tahun ni. And the ending to my journey was super awesome!!! Sabah is the best place for everyone! Serius tak tipu ni.

And this post, aku akan repost experience aku masa di Sabah lagi sekali sempena blog contest held by Traveloka, iaitu #MYTravelAdventure. Boleh bukak web dia #TravelokaMY di Traveloka Blog untuk maklumat lanjut. Aku ni pun menggelabah namateyyy dah sebab deadline 15 May 2017, which is esok! Menggelabah la sebab hari ni dah 14 May kuttt. Saja nak cuba nasib. Menang tak menang belakang kira yang penting effort tu ada. Gigih gila woiihhh nak writing kat blog padahal thesis MSc aku pun tergendala kat chapter 4 tak sudah-sudah. Hahahaa. Takpe bro, kita cuba k. Kita cuba.

So ayuh kita throwback kembali ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu pada 27 Ogos - 3 September 2016.

Day 1 || 27082016

To the Land below the Wind we goooooo~~

Helllloooooo Sabahhh. Gebu gebas awan nano di Sabah. Dah macam marshmallow dah rupanya.

tips : Please come early to the airport. Lebih-lebih lagi kalau naik AirAsia sebab dorang dah ketatkan implementation policy for 7kg cabin luggage. So pandai-pandai la ye time management tu.


Lepas touch down di airport Sandakan, menonong kami pegi isi perut di Dad's Kitchen sebelum bergerak ke rumah Kak Mastura. Di Dad's Kitchen, kami terus ber-shell out. Two thumbs up wa cakap luu! Murah dan sedap. RM75 sahajo untuk makan 7 orang.

Day 2 || 28082016

Lepas solat subuh, semua bersiap-siap untuk bergerak ke Semporna. Sebelum tu, kami isi perut dulu dengan makanan Bugis sebab Kak Mastura sekeluarga ni orang Bugis. 

Sanggar penyek. Sanggar is pisang ye anak-anak.

Durian merah

Yang ni pulak durian merah. First time tengok depan mata durian merah ni. Nama saintifik durian merah ni Durio graveolens Becc. Orang Sabah panggil durian merah ni durian dalit. Isi dia solid sangat. Selalunya orang tak makan durian ni macam durian normal isi warna kuning-oren yang selalu kita makan tu. Family Kak Mastura buat sambal dengan durian merah ni. Sedap bakhang. 

This is Tampi-tampi, Semporna. Sangat sempornaaaa la wuihhh.

 



Sunrise transformation. Subhanallah lawa sangattt. Gambar ni tanpa filter ye. Original warna tanpa touch up mana-mana. Sunrise ni kami tengok dari belakang bilik je sebab chalet yang kami sewa di Tampi-tampi ni atas air. Rumah air gituuu. 

National diver in the making

Day 3 || 29082016

Third day, kami bergerak ke Taman Marin Tun Sakaran dan get ready untuk mendaki Bohey Dulang. 

Crystal clear water. Fuhhh~





Pulau Bohey Dulang ni dipercayai terbentuk daripada letusan gunung berapi berjuta tahun dahulu. Kalau naik bot dari Jeti Semporna ke Bohey Dulang ni, lebih kurang sejam jugak la jauhnya. Taktau la pulak berapa jarak dalam batu nautika ni. Ahahaa. Untuk sampai ke puncak Bohey Dulang ni, kena mendaki la sikit. Sikit sahajo sebab ketinggian dia pun dalam 300 meter je. Tambah lagi 300 meter berjalan. Takde la tinggi mana pun. Tapi semput jugak lah bagi yang stamina flattt ni. Hahaa.




Selepas penat hiking Bohey Dulang, kami naik bot lagi untuk aktiviti snorkelling pulak ke Pulau Sibuan dan Pulau Mentabuan. Masa tiba kat pulau-pulau ni, memang boleh nampak lah abang-abang askar sekeliling pulau tu untuk jaga perairan Sabah daripada lanun-lanun luar tu. Sebab dah banyak kes pasal lanun tak bertauliah ni masuk perairan Sabah. Bila sampai situ pun kami sempat jugak la sembang-sembang sikit dengan abang askar yang duk berjaga kat Pulau Sibuan. 

Day 4 || 30082016

Lepas snorkelling, kami bergerak ke Telupid pulak untuk mandi sungai di Tawai Rainforest Camp. Memang aktiviti kami kat Sabah ni memang penuh dengan aktiviti air. Hehehee. 

Legaaaa bakhanggg. Ayaq sejukkk.



Lepas mandi sungai di Telupid, kami bertolak ke Ranau untuk bagi anak-anak ikan makan di Tagal Fish Spa, Kg Luanti Baru. RM5 per person sahaja untuk masuk sini. Tu pun dah include dengan makanan ikan yang pihak dorang provided. Worth it!

Day 5 || 31082016

Kami sambut kemerdekaan yang ke-59 di Kundasang. Dari Ranau ke Kundasang, memang mencabar perjalanannya lebih-lebih lagi bila nak ke Hounan Ridge Farmstay, tempat kami bermalam. Naik turun bukit dekat 45degree kot. Demi permandangan Gunung Kinabalu yang cantik, kami gagahkan diri jugak walaupun berbukit-bukau perjalanannya. 




Majestic view of grand Mount Kinabalu

Kata Kak Mastura, gadis Sabah sejati, gempa bumi yang berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 dengan 6.0 skala richter telah menyebabkan salah satu tanduk Gunung Kinabalu yang jugak dikenali sebagai Donkey Ears Peak telah patah sejurus gempa bumi berlaku. Donkey Ears Peak merupakan antara 7 puncak tertinggi di Gunung Kinabalu selain dari Low's Peak, St John's Peak dan jugak Ugly Sister Peak.

A must try gelato desa!



Tak perlu ke New Zealand, cukup ke Kundasang sahaja pun dah okay sangat dah. View lawa, gelato sedap, lembu pun gebu gebas sihat walafiat. Cukup-cukup makan semuanya.


Kundasang Memorial Park. Memorial Park ni didedikasikan untuk askar-askar British dan Aussie yang terkorban di Sandakan POW camp. Di Memorial Park ni jugak ada Australian Garden, British Rose Garden dan jugak Borneo Garden. Bagi yang minat bunga-bunga dan tempat bersejarah ni, tempat ni memang sesuai untuk anda.

Day 6-7 || 01092016-02092016

Hari ke-6, kami drive dari Kundasang straight to Kota Kinabalu. Sempat sourvenir hunting dan cari makan di bandar KK. 




Sunset di Pantai Tanjung Aru

Wajib makan bila datang Sabah!

Seafood hunting di Pasar Filipina.




Shell out masak sendiri #bangga hahahaa

Perkara yang menarik di Sabah selain daripada flora dan alam semulajadi ialah makan laut. Tbh, aku memang pencinta makanan laut walaupun ada sedikit alergik dengan udang. Kalau makan tu, ada la rasa gatal-gatal sikit. Tapi tu tak menjadi masalah. Alah bisa tegal biasa orang kata. Kami pun sempat shopping seafood untuk buat shell out sendiri kat apartment yang kami sewa. Fuhhh makan mewah sekali hadap je. Sebabnya makanan laut dekat Sabah ni semuanya murah-murah dan fresh dari laut. Kalau pergi Sabah tapi tak makan lobster, kau tergolong dalam golong orang-orang yang rugi. Sebab lobster dia besar, murah dan sedap. Serius weh sedap gilaaaaaa. 



Table for 3 : Baby lobster masak telur masin, ikan kerapu tiga rasa, sotong celup tepung, udang goreng butter. Baby lobster tu sangat recommended!! Sangat-sangat recommended sebab sangat sedap. Isi lobster tu manis gilaaa weh. Kuah dia tiptop. Padu beb! Semua makanan ni boleh cari kat Todak Waterfront dan ianya baru berharga RM85 SAHAJA!!!

Day 8 || 03092016

Balik Semenanjung :D

The End.

Okayyy. Itu sahaja untuk post kali ni. Basically, perjalanan kami ni memang untuk bersuka-ria melihat flora nan-hijau, laut nan-biru dan jugak mencari makanan laut yang sedap sehingga menjilat jari.

So, this is my local travel story. What's yours?? Don't forget to check out their website for more details https://www.traveloka.com/en-my  #TravelokaMY #MYTravelAdventure #Pray4Fatima

Tuesday, 14 March 2017

New Zealand : Itinerary, Tips and Tricks

Hello dan selamat pagi Malaysiaaaaaaa :D

Hari ni Isnin, 13 Mac 2017 (waktu writing sebab tau mesti tak cukup sehari tulis post ni). Awal pagi dah melepet kat Lab 253 Fakulti Sains. Not that awal sangat la kot. Pukul 9.30am camtu. Hahaa. Terus kena perli dengan si Rasyid bila dia tengok aku duk gigih writing, "pehhh balik Malaysia terus writing thesis". LOL sangat. Dia tak tahu yang aku tengah writing blog ni. Ramai pulak yang duk mintak itinerary dengan bajet pegi New Zealand last week. 

This post is going to be the longest post ever kat blog ni. Sebab aku akan post skali dengan tips and tricks everything untuk survive Imigresen New Zealand. Mana tak nya, dorang antara imigresen yang paling strict kat dunia kottttt. Okay takmau mukadimah panjang-panjang kali ni sebab nanti confirm banyak merepek merapu. So kita terus je ke itinerary and expenditure sepanjang kat New Zealand.

So basically ktorang drive area north sahaja. Tu pun tak cecah ke Wellington pun sebab jauh nak drive dan tak cukup masa. Sebab ktorang pegi seminggu je. Kalau 3 minggu, boleh la cover belah south pulak kannn. 

Auckland-Otorohanga-Taupo-Rotorua-Auckland


Secara basic nya ktorang dah drive 624km la kalau ikutkan Google Maps tapi kat sana tak ikut Google Maps pun. Masa book kereta dulu, ktorang dah mintak skali dengan GPS. Orang Jucy Rental tu cakap GPS dorang lagi accurate and precise. Hahaahaa. Ye la kot. Kalau ikutkan mileage kereta, ktorang dah drive sejauh 1188km. Haaa gigih weh. Nasib baik ktorang bertiga semua boleh drive.


Itinerary

# 3 March 2017 || Friday
Flight details : D7 206 
International transit : Gold Coast, Australia
Boarding : 11.10pm (waktu Malaysia)
Arrived   : 11.45am (waktu Malaysia), 4.45pm (waktu NZ)
- Alin beli travel sim card 43nzd untuk 3GB kat airport. Free call and text.
- Naik Cheap Cab dari Auckland International Airport ke hotel.

# Day 1 || 4 March 2017 || Saturday
- Check-in Princeton Apartments, 30 Symonds Street, Auckland City.
- After Isyak, ktorang keluar bilik jalan-jalan sekitar kawasan Symonds Street and tengok sekeliling Auckland University of Technology, AUT.
- Balik bilik masak maggi. Kebuluran semuanya.

# Day 2 || 5 March 2017 || Sunday
- Check-out Princeton Apartments dalam pukul 7.15am.
- Naik Cheap Cab dari Princeton Apartments ke office Jucy Rental : Cars & Campas, Auckland.
- Waktu tunggu nak ambik kereta ni paling mencabar keimanan dan kesabaran. Ktorang tunggu dari pukul 8.30am sampai ke 1.30pm untuk dapatkan kereta sahaja. Sebabnya none of us takde credit card untuk jaminan. Incase kena saman etc, dorang akan charge direct ke credit card je. Nanti aku cerita lagi detail kat bahagian tips and tricks.
- Lepas dapat kereta, terus ke Hamilton cari makanan sebab kebulur dari pagi tak breakfast.
- Sampai di Hamilton Garden dalam pukul 5.30pm. Cuci mata bergolek-golek atas rumput di Roses Garden.
- Dalam pukul 7.00pm terus bergerak ke Otorohanga.
- Check-in Otorohanga Holiday Park, 20 Huiputea Drive, Otorohanga.
- Solat jama' qasar maghrib-isyak, then terus keluar cari makan. Tapi semua kedai tutup kecuali McD je yang open 24 hours.
- Balik bilik terus tidur.

# Day 3 || 6 March 2017 || Monday
- Check-out Otorohanga Holiday Park dalam pukul 7.30am.
- Terus drive ke Taupo.
- Sampai di Taupo before 10.00am sebab Burn dah book bungee jumping pukul 10.30am.
- Habis buat bungee, terus ke Huka Falls. Lawa gilaaa air dia. Crystal clear.
- Singgah di Countdown Taupo beli roti dan kudapan.
- Terus gerak ke Aratiatia, Taupo untuk buat aktiviti speed boat, Rapids Jet.
- Check-in hotel, Haka Lodge Taupo, 56 Kaimanawa Street, Taupo.
- After isyak, pergi kitchen lodge masak nasi lemak Brahim. Rushing masak sebab kitchen tutup pukul 10.30pm.

# Day 4 || 7 March 2017 || Tuesday
- Check-out Haka Lodge Taupo dalam pukul 7.30am.
- Drive ke Rotorua untuk aktiviti Agrodome Zorb, aktiviti air dalam bola.
- Habis buat Zorb, ktorang sight-seeing kawasan sekitar.
- Terus gerak ke Redwoods, Whakarewarewa Forest.
- Makan nasi Iskender di Turkish Kebabs 2 Go.
- Souvenirs hunting di Hinemoa Street, then terus gerak ke Central Mall cari kedai Vodafone sebab Alin nak topup data.
-  Check-in The Backyard Inn, 60 Tarewa Road, Rotorua.
- After solat isyak, pergi kitchen masak maggi makan malam. Acah-acah nak sambut birthday aku. Hahahaa. Makan maggi dengan nasi briyani Brahim's. 

# Day 5 || 8 March 2017 || Wednesday
- Breakfast roti dengan sardin kat bilik.
- Isi minyak kereta, full tank.
- Drive ke The Hobbiton Movie Set, Mata-mata.
- Cari kedai Vodafone sebab Alin nak topup data lagi. 1GB tak cukup katanya. Then survey kedai baju rugby All Blacks. Mahal namateyyy bajunya T_T
- Makan kebab, nasi Iskender (chicken and lamb) lagi kat Fez Kebabs.
- Ke Wairere Falls acah-acah nak hiking tapi dalam 10 minit je sebab sunyi takde orang, terus turun patah balik hahahaaaa.
- Souvenirs hunting lagi kat Hinemoa Street untuk Alin sebab semalam dia tak boleh nak decide either nak beli ke tak hahaa.
- Balik ke The Backyard Inn.

# Day 7 || 9 March 2017 || Thurday
- Check-out The Backyard Inn dalam pukul 7.15am.
- Sampai ke Waitomo Glowworm Caves dalam pukul 9am, breakfast chocolate milk kat kafe before next aktiviti.
- Tepat jam 10.30am, terus tour and cave tubing dalam Glowworm Caves sampai pukul 12.15pm.
- After cave tubing, ktorang singgah di Big Azz Ice-cream makan ais-krim.
- Then singgah kat Countdown Otorohanga beli coklat untuk bawak balik ke Malaysia.
- Terus drive ke Auckland.
- Check-in Auckland North Shore Holiday Park, 52 Northcore Road, Auckland.
- Packing souvenirs untuk masuk baggage.

# Day 8 || 10 March 2017 || Friday
- Check-out Auckland North Shore Holiday Park dalam pukul 9.30am.
- Pergi Countdown Auckland cari makanan untuk breakfast isi perut.
- Isi minyak kereta full tank sebelum return kereta ke Jucy Rental : Car and Campas.
- 1.30pm dah ada kat Auckland International Airport. Tersangatlahhh awal sebab flight ktorang pukul 8.20pm. 

Flight details : D7 207
International transit : Gold Coast, Australia
Boarding : 8.20pm (waktu NZ)
Arrived   : 9.10am (waktu NZ), 4.10am (waktu Malaysia)

Expenditure/Budget

*Flight return ticket = RM4972.24 (RM1657.42 per pax) termasuk 4 meals pergi-balik dan 20kg luggage
*5 different hotels = RM1251.60 (RM417.20 per pax)
*Kereta Hyundai Styla i30 =  RM1440 untuk 6 hari (RM480 per pax)
*Makanan Brahim's = RM85.40 (RM28.40 per pax)
*Aktiviti/Main-main = RM473 (Rapids Jet + Glowworm Cave) + RM94 (Zorb)
Fuel (kereta pakai diesel) = RM264 untuk 67.52L (RM88 per pax)
Teksi Cheap Cab = RM324 untuk 2 hala (RM108 per pax)
Makanan-makanan = RM121.50 per pax
Souvenirs (t-shirt + keychain + magnet fridge + chocolate) = RM496

*Dah book siap-siap kat Malaysia. Better do so sebab harga lagi murah.

Basically untuk bajet, per pax, RM3964. Ni roughly je sebab rasanya ada yang tak termasuk skali. Maybe aku dah buang resit kat mana-mana. Tak sure. To play safe, bajet paling cikai pun kena ada dalam RM4300-4500 la. Sebab aku tak ambik travel sim card. Tu yang murah sikit. Kalau ambik travel sim card, memang akan bertambahlah duitnya. Sebab Alin ambik basic travel sim card for 3GB data plan + topup 2GB semua berjumlah 83nzd (RM268.92). Aku dengan Burn pulak asyik duk menagih simpati data plan Alin je. Hahahaa. Nasib baik ada jugak la hotel yang sediakan free wifi.

Tips and Tricks

Okay, secara logik akalnya, setiap travel journey yang korang rancang pun mestilah ada aim kan. Macam ktorang pergi belah north untuk buat aktiviti yang takde kat Malaysia. Memang ktorang dah rancang (3-4 bulan awal tak termasuk booking flight hahahaaa) untuk buat 1 aktiviti 1 hari. So matlamat tercapailah! Checked! Kalau rancang nak pergi belah south, sana view dia lagiiiii 100 kali ganda lagi lawa. That's why kalau nak pergi south, please ensure that bajet korang double bajet north. Sebab aku ada baca kat blog ni, dia travel satu family dari north ke south and dia buat price comparison. Kalau kat belah north, t-shirt boleh dapat around 10-15nzd. Tapi belah south, around 25-30nzd. Haaa ambik kauuu. Sehelai t-shirt sahaja cost around RM100. Pengsan la.

1.  Budget
Top of all, bajet la paling penting. Aku menabung duit gaji SGRA/GRF/kerja part-time almost a year and half. Gigih wehhh. Berapa sangatlah duit GRF tu. Minyak kereta bulan-bulan je dah dekat RM300. Since travel partners aku, Alin dan Burn (both female ye walaupun nama agak maskulin) dah bekerjaya yang top-top aje, makanya aku yang sedikit struggle bab duit. Ye la, student lagi kan. So rancang trip dan menabunglah dari awal. Lagi-lagi kalau korang nak ke negara yang currency tengah mencanak tinggi ni. And untuk harga dalam NZD tu, ktorang convert by 3.24 sebab pergi tukar hari tu 1nzd=3.24rm. Tukar kat Giant Taman Ekuin. Paling murah la aku jumpa. Paling mahal dapat 3.40 kat depan Mydin Presint 14 Putrajaya. Kalau nak ke Europe, haa saving la dari sekarang sampai terlaksanalah Wawasan 2020 tu. Hahahaa. Dannnnn rajin-rajin la tengok SkyScanner tu untuk buat price comparison. Aku suggest korang follow FB Pemburu Tiket Murah. Sebab dorang akan selalu update kalau AirAsia buat free seat ke, annual sale semua tu. Aku takde kena mengena dengan dorang ni. Free promote je since aku rasa dorang sangat membantu aku update tiket murah. Bukan AirAsia je, banyak je airlines lain yang dorang update. 

And untuk flight tu, make sure ada return ticket ye. Sebab ada kat imigresen yang akan tanya duduk berapa hari, balik bila, hotel mana apa semua. So sediakan awal-awal. So that nanti tak menggigil nak jawab. Print siap-siap, letak dalam satu file. Atleast kau ada hardcopy kalau softcopy tak boleh nak check. Macam sorang traveller mat saleh lelaki ni, ticket ntah macam mana hilang, ada softcopy dalam fon tapi fon pulak mati, nyaris nak kena kick-out dari flight. Nasib baik aku offer powerbank kat dia. Kalau tak bye lah! Dan-dan dapat title "You're my angle" daripada mat saleh.

2. Booking website
Hat ni pun penting untuk make sure bajet korang selamat or atas pagar la kalau dah kritikal sangat kan. Untuk book hotel, boleh book thru Agoda. Aku dah check pakai Trivago, Airbnb, Booking.com, Traveloka abenda entah. Tapi Agoda paling murah yang aku dapat. Maybe tengok tempat jugak kot. Plus, ktorang bertiga ni takde credit card, so kat Agoda boleh pakai either cash or debit. So senang la kann. Oh oh oh, untuk hotel, to play safe better bayar terus. Jangan main book and pay on arrival. DON'T. Haa kan dah capslock. Sebab korang taktau currency bila nak naik bila nak turun. So kalau duit jatuh, maka harga hotel terus bertambah. Yes, 2 hotel yang aku book kat NZ naik harga sebab ktorang choose method pay on arrival. Menyesal nokss. Sebab naik harga dekat RM50 kot untuk satu hotel. Nasib baik ada hotel yang dah bayar cash siap-siap. And and and, tak semua hotel bagi free wifi ye anak-anak. Kalau nak wifi, kena bayar. Contoh macam kat The Backyard Inn, free wifi dia charge around 5nzd for 24 hours. Unlimited! Tapi ni harga untuk per device ye. Bukan beli 5nzd share 50 orang. Seorang sahaja. Hehehee. Okay la ada wifi better than nothing. Pastu melepet atas katil baca novel Ramlee Awang Murshid jeeee macam aku hari tu hahaahaaha.

Tu baru untuk hotel je. Belum book aktiviti lagi. Kalau korang jenis yang lasak, suka aktiviti yang buat kau adrenaline rush, boleh try aktiviti ktorang buat masa pegi NZ. Untuk semua aktiviti, korang tengok gambar kat bawah nanti. Semua aku upload k. Don't worry (wink wink). Korang boleh try booking aktiviti thru Bookme atau Grouponnz. Ktorang book Glowworm cave, Rapids Jet dan Bungee Jumping kat Bookme. Dah book nanti, print out booking form yang dorang akan email kan, then bawak je NZ nanti. And credit to Izzati Ash Burn sebab dia yang book dan print out semua booking form. Hehehee TQ Burn. Aku tau kau akan baca post ni :P

3. DIY travel
Kenapa DIY? Sebab semua kau buat sendiri. Do it yourself! Start from crap sampai habis semua balik Malaysia. Ktorang travel tak thru mana-mana agent pun. Cuma copy itinerary dari Trip Adik-Beradik (kudos to them hehee) and alter la mana yang perlu, ikut bajet, kemampuan dan kemahuan sendiri. And the best part bila kau drive sendiri kat NZ, boleh stop bila-bila masa kat mana-mana tempat yang lawa untuk bergambar. Tbh, kat NZ ni semua tempat dia lawa. Tengok lembu dengan biri-biri tepi jalan pun dah boleh buat kau happy 2 jam excited sambil drive. Betul ni tak tipu. Acah-acah jakun tak pernah tengok lembu padahal balik kampung, bukan saja lembu, ayam pun kau buat dekk je. Haahaaha. Dan jalan kat NZ ni senang je nak drive nya. Cuma kena pandai agak jarak je bila tengok GPS. Ktorang pun pernah terlepas simpang kat highway. Eh silap. Dorang panggil motorway kat sana. 

The best part is, kat NZ takde sesak or jam macam kat KL nuunnnn. Takde weh. Takde. Kalau sesak pun, area bandar besar macam Auckland je time office hour kat atas bridge nak menghala ke Northcore Road. And second best part, takde tol. TAKDEEEEEE TOLLLLL. Sepanjang 1188km ktorang drive, 1 tol pun tak jumpa. Memang ada tol, tapi hanya dekat Auckland Northen Gateway : Toll road 1, Tauranga Takitiku Drive : Toll road 29 dan Tauranga Eastern Link : Toll road 2. Itu pun paling mahal 2.30nzd untuk motor, 2.50nzd untuk kereta dan 4.70nzd untuk lori. 3 tol sahaja ye. Aku ulang. 3 tol sahaja untuk sebesar-besar north NZ ni. Kalau kat Malaysia, sekangkang Selangor tu je dah berjuta tol. Hahahahahaa. Okay cukuplah sini pasal tol. Nanti masuk bab politik pulak, mati kena saman. hewhewww~

4. Makanan
Nak makan kat NZ bagi aku, susah jugak la nak dapat yang halal. Dan-dan je Pakcik Cheap Cab cakap KFC kat Auckland halal. Ktorang pun gigih la menapak ke KFC. Alin pulak lepas dengar Pakcik Cheap Cab cakap halal, masuk KFC menonong ke kaunter tak tanya serve halal food ke tak. Nasib baik ktorang bertudung and staf KFC tu terus cakap tak serve halal food. GPS pulak tak mention halal restaurant. Nasib baik ada Waze, just type halal food in Auckland, keluar lah senarai-senarainya. Sepanjang seminggu dekat NZ, ktorang memang cari Turkish meal dengan roti kosong makan dengan sardin je. Oh dan maggi kari dari Malaysia. Turkish meal tu pun was-was, sampai kaunter terus tanya serve halal ke non-halal. Dua kali je la makan Turkish meal ni. Kat Rotorua dan Mata-mata. Harga pun not bad la around 11nzd sepinggan nasi. Penuh weh sepinggan tu. Penuh melimpah ruah.  

5. Lesen, kereta dan minyak
Untuk lesen memandu Malaysia, don't worry lesen baru (bukan plastik laminate ye) valid je untuk kau drive kat sana. Don't worry. But still kalau korang was-was, boleh pergi ke mana-mana JPJ kat Malaysia, isi form yang menyatakan kau ada lesen untuk drive etc, dan orang JPJ akan keluar surat tu. Macam confirmation letter la. Aku tak sure dia panggil apa. Kena bayar RM10 sahaja. Okay bab kereta ni bikin panas sikit la. Ktorang book kereta thru Ahmad Caravan sebab pada awalnya nak naik caravan, jimat hotel. Sekali wakil Ahmad Caravan email quotation harga caravan je dekat RM9000. Terus cancel and book kereta. Sampai kat Jucy Rental : Cars and Campas untuk ambik kereta, terpaksa pulak tunggu dekat 5 jam dari 8.30am (3.30am waktu Malaysia) untuk dapatkan authorization credit card daripada Kak Nana (sayang Kak Nana muahhh). Sah-sah depa kat Malaysia tengah lena dibuai mimpi masa tu kan. Ktorang pakai credit card Kak Nana untuk jaminan incase kena speed trap ke, saman parking ke, calar balar kereta rosak ke apa kan.

So, next time, make sure ada credit card ye Fatima. Hmm penat menunggu je. Ktorang dapat kereta Hyundai Styla i30, auto (mahal sikit la dari manual sebab aku sorang je yang mahir manual), diesel. And please make sure once dah dapat kereta, snap every inch of your car sebagai bukti. Incase orang sana nak paw kau pun kononnya kereta kemek sebab kau, kau ada bukti untuk bangkang balik. Ni tips daripada supervisor aku masa dia buat PhD kat UK dulu.

Untuk minyak pulak, setiap stesen minyak kat sana harga berubah-ubah ikut daerah. Dengar cerita Malaysia pun nak apply konsep yang sama start April 2017. Since ktorang pakai diesel, harga minyak takde la mahal sangat. Around 1.09-1.30nzd je. Kalau unleaded fuel ke abenda hari tu tak sure sebab rabun tak nampak sangat, harga around 1.90-2.10nzd. And kebanyakan kereta kat NZ memang pakai diesel. Dorang mengamalkan konsep kepercayaan anda, kejayaan kami. Cewaahhh. Tu moto aku sendiri je tu. Dorang tak mention pun kat mana-mana stesen minyak. Hahahaaa. Kau isi dulu, bayar kemudian. Gila percaya sungguh depa ni kat orang awam. Kat Malaysia pernah ada kes, isi dulu (sebab staf percaya orang tu naik Porshe ke Ferrari masa tu), minyak lebih harga RM200 tak silap, sekali orang tu lari. Haaa melopong kau kena potong gaji.

6. Declaration of food and beverage
Makanan atau minuman (teh uncang atau serbuk kopi) memang kena declare wohhh. Tak declare, kena denda 400nzd. Sia-sia je nanti. Kat Australia pun sama, kena declare jugak mana-mana makanan yang kau bawak. And ada certain food yang tak boleh bawak masuk ke NZ. Imigresen dorang memang strict gila la. Semua makanan yang kau declare tu pun belum tentu lepas imigresen. Sila lah tengok web Custom New Zealand untuk buat checklist korang. Even pepper spray yang aku dapat daripada kawan baik pun kena rampas weh. Tak pernah guna pun lagi. Kena rampas kat imigresen Gold Coast masa transit 1 jam. Malang sungguh. Dorang faham spray tu for safety purpose since aku ni perempuan, but still benda tu dilarang bawak masuk ke Australia. 

Demi memudahkan kerja imigresen sana, aku snap gambar, tulis nama makanan, berat berapa gram dan print terus untuk reference imigresen. Senang kerja dorang, senang kerja aku. Tak payah nak selongkar luggage dah. Tapi kalau dorang still was-was dengan kau, dorang akan selongkar jugak la. Just act chill and cool. Jangan menggelabah sangat k. Muka tu jangan buat muka penjenayah sangat. Hahahaaa.

7. Peta free
Sampai je kat airport, pergi kat information counter atau booth untuk book teksi. Kat situ berjuta peta free yang kau boleh ambik untuk reference. And ada jugak flyers tourist attraction. Ambik! Ambik! Free je. Dorang siap bagi discount voucher lagi kat flyers tu. Rugi tak ambik.

8. Search and research
Hat ni tips sebelum fly mana-mana korang nak pergi tu. Kena rajin cari maklumat. Jangan duk mengharap kat orang lain ja. Duk nganga orang suap. Silap hari bulan orang suap tahi pun duk nganga jugak. Parah dah tu. Rajinkan diri untuk Google info and anything related yang bermanfaat.

9. Kosmetik
Weh ni penting ni. Penting. Bukan untuk perempuan je, tapi untuk lelaki jugak. Sekarang kat NZ tengah musim autumn. In my heart (tolong la cakap korang faham joke ni). Autumn ni start March until May and temperature around 10-26°C. Agak panas macam kat Malaysia tapi berangin sejuk. Aku balik Malaysia muka sunburn kot. Mak cakap berbelang macam kuda belang. Sebab tak pakai sunblock. Bibir plak kering gila, merekah even minum air kosong banyak. Aku tertinggal vaseline atas meja kat rumah. Make sure bawak vaseline dengan sunblock. Moisturizer pun bawak la sekali. Kering muka kat sana. Body lotion pun. Tak bawak botol besar pun takpe. Beli je bekas travel pack yang kecik-kecik tu, haa bawak yang tu je untuk seminggu. Cukup je aku pakai.

10. Jaket etc
Since angin kat NZ kuat gila macam taufan nasib baik tak terbang sebab berat melebihi (exaggerate sikit hahaa) make sure bawak jaket yang sesuai. Lagi bagus bawak windbreaker sebab kalau hujan renyai pun baju tak basah. Alin lagi best. Dia bawak jaket pergi Korea hari tu. Winter jacket. Sekali pilot AirAsia announce dalam flight yang current temperature kat NZ adalah 26°C. Hahahahahahahaa tergamam dia. Mat saleh husband and wife orang Kiwi (perasan sebab passport dorang warna hitam) kat sebelah aku pun terkejut masa tu terus keluar ayat, "Oh it's quite hot today". So rancang baju dan jaket korang sebaiknya ye. Aku pun bawak sehelai je jaket masa tu dengan sehelai sweater. Pakailah untuk seminggu. 

11. Toilet
Toilet dorang bersih dan tak berbau macam toilet kat Malaysia. Dan tak berkesempatan untuk jumpa baby dalam jamban. Kalau kat negara kita, jangan kan jamban, longkang, sungai pun boleh jumpa baby. Betapa teruknya mentaliti orang kita. Hmmm. Okay next. Tak kisah la toilet awam ke atau toilet kat hotel. Memang bersih. Cuma satu je yang tak puas hati. Takde paip. Yang ni memang dah expect dah cuma bila dah sampai sana, memang terlupa pasal toilet. Hahahaa. Pergi mana-mana memang ktorang bawak botol air. Senang nak melepaskan hajat-hajat. Refill air kat sinki, then masuklah toilet seperti biasa. Cuma kat toilet OKU je la yang ada sinki untuk memudahkan dorang. Aku pernah masuk sekali la toilet OKU ni. Sebab dah terdesak sangat toilet lain penuh. 

12. Luggage
Make sure berat luggage tak melebihi yang sepatutnya ye. Ktorang bila sampai di airport masa nak balik ke Malaysia, gigih cari penimbang takut overweight. Andddd as expected, memang melebihi pun. So terpaksa rearrange balik barang-barang. Sebab once dah timbang dan overweight, kena bayar another 105nzd (RM340.20) for 15kg kotttt. And FYI, AirAsia dah ketatkan implementation pasal 7kg policy for 2 cabin luggages bermula March 2017. Kalau melebihi, denda la jawabnya. Ktorang pun kena masa kat Auckland. Staff AirAsia warning luggage untuk cabin dah berat ni. Luggage aku total 10kg. Dia kata kalau sampai kat imigresen tingkat atas, memang kena buang barang. Gigih la hoiii kami bertiga duk buang towel, shawl, t-shirt bawak dari Malaysia etc mana rasa yang tak penting tu. Tak cukup dengan tu, siap sarung t-shirt 4 helai lagi sebab nak kurangkan berat luggage hahahaaa. Dari jauh memang nampak macam pregnant lady tunggu due je nak deliver baby. And due to this la kot aku nampak orang beratur panjang gila masa sampai di KLIA2 hari tu. Rupanya duk menimbang beg. So please be aware ye. Datang awal untuk timbang luggage jugak. Sebab que memang panjang gilaaaa oi. 

p/s : Tak perlu visa pun nak ke New Zealand even ada transit 1 hour kat Gold Coast. Sebab kau takkan (tak menyempat pun) keluar dari airport Gold Coast tu.

Okay cukuplah kot 12 je tips tu. Kalau ada soalan, boleh email or komen kat bawah post ni. Selalu aku dapat je email notification orang bertanya soalan. Don't worry.

So next aku nak upload gambar kenangan sepanjang seminggu di north New Zealand. Please enjoy the photos guys :D

Ni contoh macam mana aku buat food and beverages declaration. Simple but memudahkan pihak imigresen dan jugak pihak aku. Dilmah lemongrass kemain bawak tapi tak menyempat pun nak buat. Bawak balik semula ke Malaysia. Maggi antara makanan wajib bawak ke mana-mana. 


 Perjalanan ke Auckland ambik masa lebih kurang 12 jam termasuk international transit 1 jam di Gold Coast, Australia.


Touch down Auckland City, New Zealand
  



Jalan-jalan kat Roses Garden, Hamilton Garden, Hamilton. Penuh visitors kat sini sebab dorang ada bukak food truck jugak. Santai-santai waktu petang dengan family sambil berjemur. Sunbathing katanya.



Semalaman je kat Otorohanga Holiday Park ni. Memang dapat bilik semata-mata. Hahahaa. Ada katil double deck, warmer dengan meja kopi. Toilet, shower semua kat luar.

Human poop. Hahahaa. Kiwi, significant bird of New Zealand.

Kat NZ, kau nak duduk, bergolek, terlentang atas jalan pun takpe sebab tak banyak kereta tapi rural area macam kat atas boleh la. Urban area macam kat Auckland City jangan buat pulak. Cari maut namanya tu. View kat rural area ni subhanallah lawa. Serius lawa. 
  



Huka Falls. Air jernih gila. Crystal clear water. Tak sure ada orang pernah jatuh kat sini ke tak. Huhuu.


Hat ni Taupo Bungy. Ketinggian 47m dari paras tanah. Hahahaa tak sure paras tanah ke paras laut. Tapi ketinggian dia 47m tu betul aku tak tipu. Kat expenditure atas tadi aku tak tulis pasal bungee ni. Sebab aku tak buat bungee. Bukan penakut tapi tak cukup bajet. Hahahaaa. Aku bukan jenis yang takut pada ketinggian ni. Kalau Alin ye, dia penakut sebab tak jejak tanah katanya kehkehkehh. Burn sorang je yang buat bungee waktu kat Taupo. Satu kali jumping dengan video lebih kurang 179nzd rasanya.





Ni aktiviti Rapids Jet kat Aratiatia, Taupo. Macam ara-ciacia pulak bunyi dia kan. Ahahahaaa. Ni aktiviti paling best la bagi aku kat NZ since aku tak buat bungee kan. Kalau tak, aktiviti ni mesti turun jatuh jadi second after bungee hahaha. Air dia deras dan sangat clear. Bluish clear. Driver boat ni ada habaq kat ktorang yang kat Waikato River ni ada jugak scene Hobbit 2. Aku tak sure part mana sebab tak follow pun cerita Hobbit dari yang awal.




Yang ni Haka Lodge Backpackers kat Taupo. Best sikit dari hotel/apartment ktorang yang sebelum ni. Walaupun bilik sempit dan toilet kat luar, tapi kat dalam bilik ada tv and free wifi. Itu yang penting. Haahaha. Kereta biru tu kereta yang ktorang drive ke hulu ke hilir.

Next is Agrodome Zorb. Tergolek-golek dalam bola yang berisi air macam ikan. Untuk aktiviti zorbing ni, hanya aku dengan Alin je yang join. Burn takmau buat dah sebab sehari sebelum tu dia dah buat bungee.



  



     



 Redwoods. Whakarewarewa Forest. Pokok-pokok kat sini semua warna merah kecuali daun lah kan obviously. Hahahaa.

Souvenirs hunting di Hinemoa Street.

Pernah tengok Disney's cartoon Moana tak? Ingat watak Maui? Haaa ni lah fish hook Maui, si demigod tu. Fish hook ni kalau tak silap aku untuk mahir dengan semua benda berkaitan dengan air something la. Ada jugak untuk friendship ke apa benda entah. Aku perasan fish hook ni pun masa tengah souvenir hunting kat Hinemoa Street ni. And ada tanya orang sana pasal Moana ni. Dorang admit yang cerita Moana memang tales orang Maori. No wonder la waktu drive kat mana-mana mesti nampak caravan/campervan tulis nama Maui. Macam familiar gila. Aku tertengok Moana ni pun 2-3 hari sebelum fly ke NZ. So benda tu macam fresh lagi kat kepala. Ehehee.

Alin pulak lain cerita dia. Pergi airport ke, Countdown mana-mana masa beli chocolate ke, jumpa je lelaki yang nampak sado-sado bertatu je mesti dia pandang. Pastu mula la, "Tim betul la. Macam dalam cerita Moana. Sebijik". Pastu dia tenung lelaki tu lama-lama. Jakun betul. Hahahaaa. 


Bilik kat The Backyard Inn. Luas gila. Ada 5 katil. So selesa la sikit kat sini. Lagi pun ktorang stay kat sini 2 malam. Waktu check-in sini hujan lebat gila dari pukul 5pm sampai malam esok nya non-stop. Sejuk menggigil kat bilik.



 The Hobbiton. Entrence fee tak silap 158nzd. Boleh beli awal kat internet. Tapi waktu ktorang pergi hari tu, dorang tengah buat promo agaknya. Half price je dalam 79nzd. Tapi tak masuk sebab kekurangan bajet hahaaa. Lagi pun masa tu hujan lebat jugak. Lencun. Kalau masuk pun rasa rugi je tak berbaloi tak boleh nak stay lama-lama. Sebab tour dalam Hobbiton tu sahaja dah dekat 2 jam lebih. 


Singgah kat Fez Kebabs untuk isi perut. Makan benda sama je 2 kali berturut. Nasi Iskender with 3 diff sauces. Bbq + mayo + mustard. Lauk ayam atau kambing atau mixed both pun boleh. 11nzd sahaja. Itu je la yang boleh masuk perut. Sos dorang ni masam-masam sikit. Yang warna purple tu beetroot yogurt. Sedapppp. Patut mintak extra hari tu. Hahhaaa. Pastu sayur-sayur semua tu, haa ambik kau sekawah dia bagi. Macam vegan dah rasa.



 Silver fern atau paku pakis gergasi ni memang banyak kat NZ and silver fern ni pun icon team rubgy NZ. Sapaaaaa tak kenal All Blacks wooohhh. Haka dorang awesome betul sambil terjelir-jelir haa lidah. Sini la Wairere Falls tu. Acah-acah nak hiking tapi naik 10 min je sebab dah start hujan dan takde orang pun kat situ. Kalau terserempak pun, laju je dorang hike. Bukan setakat hike saja, siap berlari. Gigih betul walaupun dalam hujan. 



Big Azz Ice-cream. 3 gigantic scoops tu hanya berharga 4nzd weh! 4nzd sahaja! Monique cakap orang NZ ni kalau jual ais-krim memang dorang bagi sekilo terus kat customer. Penat weh 30 min duk hadap ais-krim sahaja.  
  
Perjalanan ke Northcore Road, Auckland City.



Bilik kat Auckland North Shore Holiday Park. Bilik dia best. 4 katil. Double deck. Ada warmer, siap dengan keetle, mangkuk, cawan, gelas, pinggan, sudu garfu, pisau semua lengkap lah. Tapi nak guna hot shower kena bayar 1nzd. Dah la 9 min je sekali masuk. Tak cukup. Tak cukup. Then kena bayar deposit 100nzd cash incase ada terpatah atau terosak kan barang-barang dorang ke. Kalau takde, dapat balik deposit tu. Kalau tak, melayang la hoi 100nzd.  

Last breakfast in NZ. Mango chia chia. Hahahaa.

Dah nak balik Malaysia. Transit di Gold Coast.



 Hasil pancingan di negara Kiwi.

p/s : Ada satu lagi gambar aktiviti yang ktorang buat tapi aku tak upload kat sini. Glowworm Cave. Cantik gila dalam gua tu, dia punya worm tu glow in the dark. Kalau terkejut, lagi terang dia menyala. Hehehee comel kan?? Tapi sebab gambar-gambar tu ktorang dalam keadaan inappropriate, dengan wet suit basah melekat kat badan lagi, so aku rasa tak perlu lah upload. Buat tatapan sendiri je. Kalau nak tengok aktiviti tu macam mana, korang Google je keywords Glowworm Cave atau Waitomo Cave Tubing. Best sangat-sangat tapi penat walaupun tour dalam gua tu hanya makan masa dalam 1.5-2jam je.

Okay enough. Panjang sangat dah post ni. The longest post ever. Fuhh.

Till my next journey guys.

Love,
fatimazahara.tm 
xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers