Wednesday 7 September 2016

Itinerary Sabah : 7 hari vs 7 pengembara

Assalamualaikum wbt

Well well hello I'm back. Back for good. Gituhhhh hewhew~
 Lama tak mengarang kat sini sebab busy mengarang thesis. Phew. Hari tu pun seminggu sebelum bercuti ke Sabah, supervisor dah mintak buat report writing chapter 4. Cuak wuihhh sebab SV warning suruh hantar report sebelum fly. No report, no vacation!! T_T

I just came back from Sabah, the beautiful Land Below The Wind. Cantik bakhang Sabah ni. Sumpah aku tak tipu!! Please please guys go to Sabah, see yourself and be amazed by the amazing view.

So hari ni saja nak buat writing kat blog sebab dah lama tak writing kannnn. Plus boleh buat itinerary untuk revision orang lain yang nak ke Sabah tu kan. Yes, you're welcome (ahahahaa, I know you want to thank me kan kan??).

So meh sini nak share pengalaman jejalan ke Sabah. Aku pergi Sabah hari tu dengan 6 orang kawan. Labmate + coursemate + senior + lecturer.
(Fitrah | Husna | Khalilah | Kak Mastura | Kak Nora | Dr. Farah)
Terkejutkan lecturer boleh join vacation dengan ktorang?? Eheheee. Lecturer muda. Baru 26 tahun. So boleh join circle la kan. Hahahaaa.
p/s : Dr Farah tu single lagi. Kalau berminat boleh pm tepi :D hehee

Overall perjalanan : Sandakan - Semporna - Kundasang - Kota Kinabalu


ITINERARY :

27 Ogos 2016 || Sabtu
Kuala Lumpur - Sandakan 
Flight AirAsia : AK 5194
Boarding time : 1.20pm (tepi delay around 30 minutes tak silap)
Arrival time : 5.00pm (lebih kurang)
06.30pm : Dinner at Dad's Kitchen. Shellout for 7 travellers.
08.00pm : Bertolak ke Kinabatangan (Rumah Kak Mastura)
09.00pm : Rehat

28 Ogos 2016 || Ahad
07.30am : Breakfast Sabah-style
09.00am : Muzium Batu Tulug
11.00am : Perjalanan ke Semporna
02.30pm : Arrived at Chalet Warisan, Tampi-tampi, Semporna
04.30pm : Dinner + cari makanan untuk next morning
06.30pm : Balik + rehat

29 Ogos 2016 || Isnin
05.30am : Solat subuh + tengok sunrise (Sumpah lawa gila view pagi)
07.30am : Bertolak ke Jeti Semporna
08.30am : Naik boat untuk ke Stesen Pulau Bohey Dulang
09.20am : Sampai di Taman Marin Tun Sakaran (Stesen Bohey Dulang)
09.30am : Hiking Bohey Dulang (phewwww mengah oii)
10.04am : Berjaya tawan Bohey Dulang (600 meter)
01.00pm : Snorkeling di Pulau Mentabuan
03.30pm : Snorkeling di Pulau Sibuan
06.00pm : Tiba di Jeti Semporna
07.30pm : Bertolak ke rumah Kak Mastura (Kinabatangan)
10.45pm : Rehat

30 Ogos 2016 || Selasa
08.30am : Breakfast
10.00am : Bertolak ke Telupid
11.30am : Sampai di Tawai Rainforest Camp, Telupid. Mandi sungai.
02.30pm : Bertolak ke Ranau
03.45pm : Sampai di Tagal Fish Spa, Luanti Baru, Ranau
05.00pm : Bertolak ke Kundasang
06.45pm : Sampai di Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kundasang
07.00pm : Check-in dan rehat

31 Ogos 2016 || Rabu
05.30am : Bangun awal berebut toilet + solat subuh
06.30am : Jejalan sekitar Hounon Ridge Farmstay & Camping
07.30am : Bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm
08.10am : Sampai di Desa Cattle Dairy Farm
10.10am : Sampai di Kundasang War Memorial
11.30am : Sampai di Kinabalu Park
12.30pm : Bertolak ke Kota Kinabalu
03.00pm : Lunch
03.30pm : Check-in di Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu
04.00pm : Rehat di bilik
06.30pm : Ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA), hantar Dr Farah balik Semenanjung
07.00pm : Ke Pasar Filipina untuk isi perut yang kelaparan
08.30pm : Beli barang untuk masak breakfast next morning
08.45pm : Balik bilik + rehat

1 September 2016 || Khamis
07.00am : Breakfast kat bilik (I'm the chef hewhew~)
10.30am : Melawat UMS
01.30pm : Jejalan sekitar bandar KK + beli souvenir
05.30pm : Beli barang dapur untuk masak dinner ; homemade shellout
07.00pm : Balik bilik + masak (yeayyy!)
08.30pm : Dinner time!!
10.00pm : Tidoqqq macam ular sawa bila perut kenyang

2 September 2016 || Jumaat
07.00am : Breakfast kat bilik (turn Kak Mas + Kak Nora buat breakfast)
01.00pm : Keluar jejalan bandar KK + beli souvenir LAGIIIII hahahaa
03.45pm : Ke Pantai Tanjung Aru
05.30pm : Ke Todak Waterfront, KK untuk isi perut
08.30pm : Balik bilik rehat + kemas barang

3 September 2016 || Sabtu
06.30am : Breakfast kat bilik
09.00am : Check-out dari Promenade Service Apartment, KK
09.30am : Bertolak ke KKIA
Kota Kinabalu - Kuala Lumpur
Flight AirAsia : AK 5109
Boarding time : 11.00am
Arrival time : 1.30pm
02.30pm : Sampai di rumah manis rumahhhhh :D


Haaa tudiaaaaaa. Kemain detail aku tulis atas tu. Baca dan hadam k. Tu baru trip kami. Belum lagi masuk expenses. Phewww. Part ni kritikal sikit nak ingat sebab duit keluar masuk kan. Sebab untuk trip ktorang ni, aku dilantik jadi bendahari untuk pegang duit. Catat keluar masuk tapi  ada jugak yang tak tercatat sebab too excited with our one week vacation kan. HAHAHHAHAAA.



EXPENDITURE :

Tiket flight AirAsia : RM280.33 per person (return ticket)

Shellout at Dad's Kitchen : RM75 for 7 person
Muzium Batu Tulug : RM2 per person
Makan durian + buah tarap tepi jalan : RM12
Chalet Warisan Tampi-tampi : RM150 per night
Sewa boat + snorkel : RM570 for 7 person
Tawai Rainforest Camp : RM3 per person
Tagal Fish Spa : RM5 per person
Hounon Ridge Farmstay & Camping : RM190 per night
Desa Cattle Dairy Farm : RM3 per person
Kundasang War Memorial : RM2 per person
Kinabalu Park : RM3 per person
Promenade Service Apartment : RM274 for 3 nights
Makan-makan + masak-masak : RM240
Fuel : RM218+-

p/s : expenses tu plus minus je ye part makan-makan + fuel tu. Sebab tak berapa ingat sangat. Rasa part makan tu lebih lagi.

Total expenses (exclude flight ticket): RM1855 (RM265 per person)


Okayyyyy. Itinerary sudah, expenditure pun sudahh. So meh sini pulak kita belanja gambaq sepanjang jejalan kat Sabah, Negeri di Bawah Bayu.


Wa gerak luuuu. Pape roger k!


Inilah muka-muka yang terkandas dekat 30 minit di KLIA2

Dari kiri, sumandak yang cantik-cantik  : Tim (which is me), Khalilah (Ila), Husna (Una), Kak Nora, Kak Mastura dan Fitrah (Fit)
footnote : TQ Dr Farah sudi jadi jurugambar hahahahaa

Aktiviti dalam flight sepanjang 2 hours +++++

Gambar Una paling LOL. Itu namanya potret kakiku di mukamu. HAHAHAAA,

A semicorn, human-unicorn. LOL


Muka kelaparan tapi tetap bahagia :D


Shellout at Dad's Kitchen


Kami punya lah excited sebab 1st time tengok durian merah. Wuuuuu sangat


Buah tarap masak ranum. Semua suka makan buah ni. Sebab tu lekat dah nama ktorang Geng Tarap :D
p/s : hanya geng tarap yang tahu maksud tersirat di sebalik buah tarap ni hahahaa


Breakfast Sabah-style. Pisang lenyek. Orang Bugis cakap, sanggar penyek.

Kak Mas sekeluarga ni orang Bugis. Lupa mau kasi tau bahhh. Hehehee. 1st time makan sanggar penyek ni. Sambal dia sedappppp ya ampun kata dorang (Ila, Una, Fit). Aku tak rasa sambal hasil tangan Kak Mas tu. Sebab aku ni jenis tak makan sambal. Apa-apa sambal kecuali sambal nasi lemak. Itu sajo pengecualiannya. Ampun Kak Mas ya. Even sambal durian merah yang Kak Mas buat pun aku tak makan. Entah la. Aku ni jenis memilih sikit bab-bab makan. Tapi kalau suka, payah nak berhenti makan. AHAHHAAA.


Mendaki tangga kejayaan


Tiket Muzium Batu Tulug


Top view

Lupa bah mau kasi tau. Muzium Batu Tulug ni bukan exactly like the normal museum that we used to go macam Muzium Negara tuuu. Ktorang singgah sini kejap ja nak tengok view. Mengah weh panjat tangga. Orang kata tangga kejayaan. Tapi bagi aku dengan Fitrah, itu adalah tangga kesengsaraan kau tau. Mengahhhhhh. Sampai kat atas tu peluh jantan peluh betina semua keluaq. Bedak, foundation semua habis cair dek peluh tadi.



To Semporna we go~

Trip ktorang ke Sabah kali ni, aku dengan Kak Mas yang jadi driver. Bergilir-gilir. Dannnnn kereta Toyota Avanza yang ktorang naik tu adalah ehsan daripada keluarga Kak Mas. Kasi pinjam sekejap bah. Kalau tak, mau kena bayar another RM100++ untuk sewa kereta per day. Pheww. Terima kasih Kak Mas dan keluarga. Muah cikeddd :3


Depan bilik kami di Tampi-tampi, Semporna


Ruang tamu


Dapur. Boleh masak wehhhh.


Bilik tidur 1


Bilik tidur 2

Adalah lagi satu bilik tidur. Macam master bedroom la. Tapi aku lupa nak snap gambar. Aduhhh pelupa betul. 


Kat belakang rumah


Di sini lahirnya seorang Olimpian negara, Pandelela Rinong! View dari belakang chalet. 

All those pictures above tu adalah chalet yang ktorang sewa kat Tampi-tampi. Rumah ktorang atas air. Kira macam kampung air la situ. Best! Bersih. Tuan empunya pun baik je. Aku tak ingat nama apa. Tapi haji something something nama dia. Kak Mas yang incharge bab sewa chalet dan hotel ni. Aku cuma hulur duit je. Kalau nak tahu lebih lanjut, nanti boleh email kat aku ye. Nanti aku tanya kat Kak Mas.


Sunrise. View dari belakang chalet kami.

Gambar ni takde filter k. Ni memang warna asli dia. Ungu!!


Otw ke Bohey Dulang


Bohey Dulang, checked!!

Berjaya naik Bohey Dulang tahun ni. Harapnya tahun depan saya naik pelamin pulak dengan awak. Cia cia ciaaaa. Mohon jangan kecam sis. Sis hanyalah insan yang lemah tak berdaya :3


Taman Marin Tun Sakaran (Stesen Bohey Dulang)


Bohey Dulang. Sis belanja selfie satu! Heheee


Panorama from top view






Yang lelaki sleeveless tu nama dia Jas. Aku tak ingat nama penuh. Jasnita, Jaswan, Jasman, Jasmin apa ntah. Dia yang assist ktorang naik Bohey Dulang, bawak pegi snorkeling semua. Muda lagi. 26 tahun. Kalau berminat, boleh cari kat Semporna sana. Aku takde contact number dia. HAHAA. Cuma keyword yang korang boleh cari ialah, anak kepada pemilik bot 'Sexy Lady'. Sebab bot yang ayah Si Jas ni bawak nama Sexy Lady. 


Naik bot ke Pulau Mentabuan dan Pulau Sibuan pulak


Starfish di Pulau Mentabuan. Hidup sihat walafiat lagi benda alah ni.




Macam dugong sudah bah!

Part snorkel ni paling best! Dan paling LAWAK!!! Sumpah FITRAH CHE NAN sangat lawak. Kejang perut aku masa kat laut sebab gelak dengan spontaneous reaction dia. Fitrah ni penakut sikit. Ila pun sama sebenarnya. Orang lain semua pakai safety jacket je. Tapi depa berdua ni, safety jacket plus pelampung kuning tu haaa.

Tim : Fitrah jommmm la menyelam sini. Tengok dalam laut ni.
Fitrah : Tak nak. Takpe lah. Aku tengok kat dalam internet je nanti.

Ya Allah. Masa tu, aku dengan Kak Mas gelak sampai kejang perut dah. HAHAHAA.


Chilled to the bone. Mandi sungai di Telupid. 

Sorry gambar tu terpaksa di edit sebab muka aku hitam gila lepas snorkel hari tu. Berlapis-lapis macam kek lapis. Nak tengok cermin pun macam tak ikhlas je. Sampai hari ni tak hilang lagi sunburn hasil snorkel kat Pulau Mentabuan - Pulau Sibuan hari tu.


Tagal Fish Spa, Luanti, Ranau. 

Huishhh penuh anak ikan woi :P


Kundasang. Belakang tu Gunung Kinabalu.
p/s : semua gelap hasil sunburn snorkel. terbakorrrr 






Hounon Ridge Farmstay & Camping

Semua gambaq kat atas tu rumah yang kita sewa kat Kundasang. Bukan sewa rumah. Sewa bilik sebenarnya. Bilik dia luas woihhh. 2 katil king kat dalam bilik ktorang. Eh ke queen. Tak ingat dah. Siap ada mini kitchen lagi. Kalau nak sewa, boleh contact owner dia kat FB. Taip je Hounon Ridge Farmstay & Camping. Nama owner dia John. (free promote! iklan tak berbayar)


View belakang Hounon.

Clear gila view Gunung Kinabalu tu. Tapi kalau nak tengok, kena bangun awal pagi. Kalau dah lambat, nanti ditutup dek awan. Tak nampak lah gunungnya nanti bah!


Pintu masuk Desa Cattle Dairy Farm


Awal pagi kami dah kejar lembu yang gebu gebas di Kundasang






Hai sis??


Original yogurt gelato. RM5.50 only.






Ktorang tak minat sangat sejarah. Sebab tu singgah kejap ja kat War Memorial ni. Tapi tempat dia lawa la untuk bergambar. Hahahaa. Siapa yang minat sejarah, mesti suka lawat sini.


Souvenir hunting di KK



Tanjung Aru Beach


Lobster! Wajib makan bila datang Sabah!










Semua kat atas tu kami yang masak! Seriously la weh. Kami masak sendiri masa kat Promenade Service Apartment, KK. Kami pilih bilik yang ada dapur. Beli seafood kat Pasar Basah Filipina, beli barang kering kat mana-mana kedai runcit, then masak kat bilik! Pong pang pong pang kebabom siapppp! Fuhhh sedap weh. Kami beli udang 2 kg, sotong 1 kg (kot, tak ingat), lepas tu beli ketam dengan jagung. Untuk resepi shellout tu, ktorang nak bagi credit to Puan Nani Rostam. Sebab tengok resepi dia kan. Aku tak jumpa pulak link to blog dia. Try google tapi tak jumpa. Sorry puan. Huhuhuu. Tapi resepi dia terbaikkkk wa cakap luuuu. 




Baby lobster masak telur masin.


Sotong celup tepung


Udang masak apa ntah lupa nama hahahaaa


Masakan Jawa Special

Haaa sini la tempat yang ktorang makan tu. Kat area Todak Waterfront, KK. Ktorang tahu pasal masakan jawa ni pun thru blog. Dia kata lobster masak telur masin terbaik. Maka kami pun food hunting la ke sana kan. Bila sampai sana, memang owner dia terus suggest masak telur masin! Pehhhh sedap wehhh. Terngiang-ngiang lagi kuah dia. Isi baby lobster tu pun manis. Tu baru baby lobster. Kalau bapak nya, mau diabetis ktorang sebab manis sangat hahahaaa. 

Masa makan kat sini, aku, Kak Mas dengan Fit makan bertiga benda-benda kat atas tu. Kak Nora, Ila, Una semua makan masakan panas biasa. Kami saja la nak try kan. Sebab dah alang-alang datang Sabah. Atleast kena la try sekali! Bukan selalu datang sini. Ktorang makan bertiga tu dalam RM85 ja. Tak sampai pun RM30 seorang. Berbaloi. Dan sangat kenyang. Highly recommended untuk sesiapa yang nak bercuti ke Kota Kinabalu tu.

So far, itu sajo lah perjalanan kami ke Sabah lebih kurang seminggu. Kat sana, kami solat solat qasar dan jama' je sepanjang di Sabah. Sebab dari satu tempat ke satu tempat tu, sangat jauh weh. Bayangkan lah dari Sandakan ke Semporna tu, almost 300 km kami drive. Then dari Sandakan ke Kundasang pulak dekat 240 km pulak. Dari Kundasang ke Kota Kinabalu, lebih kurang 93 km. Haa memang rukhsah solat tu kami perguna sebaiknya la kannn. Alhamdulillah.

Sebelum aku tutup post kali ni, nak ucap ratusan, ribuan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Mas dan ahli keluarganya yang lain. Sebab bagi kami tumpang rumah yang super selesa, makan yang super sedap dan bagi pinjam kereta selama seminggu. Terima kasih sangat-sangat. Keluarga Kak Mas sangat sporting! Banyak cakap + seronok berbual masa breakfast. Heheee. Tak kekok pun masa tu. Senang nak blend in dengan dorang.

Okay! Terima kasih sudi baca. Terlebih panjang pulak post kali ni. Hehehee :D

Much love, 
fatimazahara.tm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers