Friday, 7 August 2015

Seminar Kimia Industri 2015

Hai. Salam Jumaat. Penghulu kepada semua hari :)
Hari ni dah 22 Syawal 1436 H. Alhamdulillah dah habis puasa enam. Selasa hari tu dah raya buat kali ke-2. Nak raya buat kali ke-3 ni yang payah sikit ni. Puasa ganti T.T

Hmm. Takpe. Kita cuba slow slow okay. Semoga cepat habis gantiiiii. Gambateeeee Fatima! You can do it!

Okay topik kita hari ni ialah mengenai SEMINAR KIMIA INDUSTRI 18.
Yeayyyy. Our 18th INDUSTRIAL CHEMISTRY SEMINAR.

Date : 9 June 2015
Time : 8.00 am to 4.30 pm
Venue : Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya

Tag and abstract book

Abstract book ni ialah compilation abstract student final year yang hantar poster untuk dibentang. Semua student akan dapat. Don't worry. Bayar kot nak pegi SKI 2015 ni. Gila kau tak dapat abstract book ni. Rugi kalau tak dapat. Nanti dah tua-tua boleh tunjuk kat anak cucu. "Cu, ni lah projek tahun akhir nenek dulu". HAHAHAAA *hidung kembang 3 inci*

Sampai kat Cyberjaya around 8.00 am ++ camtu la. Pakai waze takut sesat. Cehhhh. Padahal tak sampai 30 minit pun dari Putrajaya tu. Minyak dalam tanki kereta pun macam takde effect je rasanya. Sampai sana terus register kat meja registration. Dr Janet kemain busy masa tu. Dengan laptop Apple dia, iPhone lagi. Haa busy betul. Biasa la, penyelaras projek tahun akhir kan. Mana tak busy.

Dalam pukul 9.30 am kami ada talk dari Naib Canselor Akademik UPM, Top Glove, Synthomer etc. Dengar ceramah sambil tersengguk-sengguk la jugak. Mengantuk. Tapi mata tahan je la. Seminar kan. Tak nak bawak perangai buruk kat dalam lecture pergi seminar oi. Malu.. Malu..

Lepas dengar talk je, Naib Canselor Akademik mula jelajah belakang dewan. Kat bahagian belakang dewan tu tempat semua poster FYP kami ditayang. Sape bernasib baik, kena lah interview dengan Naib Canselor tadi

P032. My poster and I

Weeeeee. Bahagianya cik kak atas tu. Muka cuak sebelum kena interview. Yes, I'm one of the lucky student yang kena interview pasal projek. Dah la tak ready apa. Ingat point masa present viva hari tu je. Point lain, kita tibai je. Entah la labuuuu. Redha je la eh.

Lepas present poster, ada jamuan ringan. Then sambung lagi talk. Kali ni forum pulak. Dari Top Glove, Petronas, Jobstreet. And the forum was conducted by Dr Ibrahim. Omgggggg Dr Ibby was very funny. Kelakar gila kot. Tak pernah lagi tengok lagi another side of Dr Ibby yang sangat kelakar dan buat lawak pelik dengan gaya dan slang British dia tu. I was like, "Dahsyat gila Abang Ib tahun ni". HAHAAA.
p/s : nama panggilan Dr Ibrahim, Abang Ib. Aku dengan Fitrah je guna masa nak bergosip. Hehee.

Habis je forum tadi, maka saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu LUNCHHHHHHH. Memang lapar gila kot. Makan sampai perut buncit, jubah hitam aku hari tu pun tetiba rasa ketat kat perut. Hihiii.
*tak ini bohong je, jangan percaya k?*

CMSS team and dental cement team with beloved Dr Norhazlin

Thank you Naim, Alip, Ili. Korang dah membahagiakan aku sepanjang kita duk mengacau acid dalam lab 253 tu. HAHAA. Tetiba teringat pulak duk main liquid nitrogen dengan Ili dalam lab. Bahagia betul. Serius macam kanak-kanak ribena masa tu. Mengekek aku gelak tak ingat dunia. Kalau Dr Hazlin tengok masa tu, Dr mesti was-was pikir 10 kali nak luluskan FYP aku tu. Hmmm.

PA. Personal assistant. Prof Zulkarnain Zainal. Ceh takde la. Penasihat akademik.

Terima kasih Prof Zul sebab dah banyak tolong saya dari 1st year sampai lah final year. Sampai ke proses sambung master pun Prof tolong jugak. Terima kasih Prof. Jasamu ku kenang sampai bila-bila.
InshaAllah.

Bersama Dr Janet

Haa ni lah Dr Janet. Dah banyak tolong kami masa final year hari tu. Dari proses pilih supervisor, borang-borang apa semua Dr Janet yang provide kan, jadual proposal presentation, viva presentation, SKI etc. Dr Janet pernah jadi lecturer aku dulu untuk subjek Kimia Perindustrian 1 dan Kimia Perindustrian 2. Sangat besttttt weh dalam lecture Dr Janet. Class assignment dia pun seronok je. Terima kasih juga Dr Janet. See you next semester for my postgraduate study. Huhuu.

The Kiminians. A few of them.

Geng tak senonoh. Astaghfirullah al'adzim. Teruknya perangai.

The Kiminians. Candid tak berapa nak candid sangat lah!

The Kiminians with Dr Tan Kar Ban

Sapa photographer ni oi. Gambaq senget!



Happy me is very happy. Yeay.

Tudiaaaa. Alhamdulillah. Aku menang. Berjaya merangkul 3rd Best Poster. Phew. Nervous jugak masa Dr Ibby announce. Sebab awal-awal tu dia announce nomber poster. P032. Aku macam terkejut. Kaget kejap. Dalam hati dah cakap, "Eh macam nombor poster aku je. Watlek dulu. Karang Dr Ibby panggil orang lain kang buat malu je". Tup-tup Dr Ibby sebut tajuk projek FYP and lasttttt sekali baru dia sebut nama. Phewww. Betul lah tu. AKU. Sobs. Terharu, sebak, gembira, excited semua campur aduk. Rasa dihargai bila poster yang aku buat, bersengkang mata sampai pukul 3 am lepas balik kerja dari Royal Floria Putrajaya 2015 baru nak buat poster. Yes, aku kerja kat Floria. Seminggu sebelum SKI aku kerja. Dan sehari sebelum SKI baru Floria habis. Gila tak penat weh. Penat nak mammmm. Hmmm. Tapi berbaloi la dengan gaji yang dia bagi. Sangat berbaloi okay!

Okay. Tu je nak merepek kali ni. Panjang sangat dah ni. Sekarang pun dah pukul 4.53 pm. Pukul 5 satgi nak balik dah. Iyeeee iolls tengah intern lah ni. Huh. Kbai. Nak kemas-kemas barang. Nak balik nak mengadap jem satgi.
T.T

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers