Monday, 26 January 2015

Projek Tahun Akhir Ku || My Final Year Project

Eh. Selamat tahun baru 2015. Dah 26 hari sambut tahun 2015, baru rasa nak jenguk blog. Baru rasa nak wish tahun baru. Hahaaa. Lame Fatima lameeeee. Berhabuk dah blog ni.

Biasalah tu. Bila dah pegang title pelajar tahun akhir ni, semua benda tak terkejar. Contohnya, blog ni. Final year project a.k.a fyp?? Tak payah cerita. Yang tu lagi lah tak terkejar haaaa. Lagi-lagi bila fyp kau tu dah macam budak master punya project. Yang bezanya, bahagian method je. Cis. Aku patut skip degree hari tu, patut terus ambik master. HA HA HA. LAME!

Okay okay ayuuuuuh lah kita kembali ke pangkal jalan. Merepek merapu memang tak jadi apa la satgi kan.

Nur Fattima' Al-Zahara' Binti Tuan Mohamood
16xxxx (mana boleh tayang nombor matrik oi)
Major in Bachelor of Science (Hons.) Industrial Chemistry
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Project : Carboxymethyl Sago Starch (CMSS) - Acetic Acid Gel
for Removal of Heavy Metal

Ni dia rupa front slide proposal aku

Orang kata buat fyp ni senang. Hoi sape cakap senang? Meh sini tolong ajar aku buat labwork. Takde la susah mana. Takde la senang sangat. Jujur aku cakap, fyp ni memerlukan kerajinan. Kalau malas, takde projek siap on time. Bohonglah. Kecuali miracle berlaku. Who knows? Kalau Allah kata kun fayakun, sekejap je project siap. Tapi dah kalau kau sendiri takde + tak nak usaha untuk siapkan fyp, memang tak lah Allah nak tolong. Sebabnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu umat tu melainkan mereka yang ada usaha untuk berubah. (tolong betulkan kalau aku salah).


Rupa baru habis present proposal

Susah baq hang present proposal hari tu. Bukan present yang susah. Nak jawab soalan dari examiner tu yang susah. Lagi-lagi bila examiner tu memang famous dengan soalan-soalan killer. Pehhhhh. Memang kena. Terus menerus soalan dia menusuk qolbu. Bertubi-tubi aku kena tusuk hari tu.
T.T

And kepada adik-adik Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM yang bakal ambik fyp nanti dan examiner dia Prof Madya Dr. Halim, best of luck wa cakap lu. Hahahaaa. Be prepare je la. Make sure faham semua benda pasal project kita. Nanti kalau tak faham sangat pun, atleast ada idea nak goreng apa. Hari tu pun aku dah cukup penat duk goreng jawapan nak hidang kat Dr Halim. Pehhhh. Rangup hasil gorengan dia. Terasa kat tekak kriuk kriukk tu. 


Gant chart

Gant chart kat atas tu ialah progress project aku sepanjang semester 1. Apa yang aku dah buat, godek sana godek sini, simbah acid sana simbah acid sini semasa semester 1 dan sepanjang 14 minggu aku kat fakulti. And then lagi satu gant chart yang kat bawah tu, apa yang aku bakal buat semester depan yakni semester 2. 
p/s : Adik-adik yang bakal ambik tajuk fyp pasal CMS, baik kau jangan tiru gant chart ni. sebab Dr Hazlin ni sangat detail orangnya.  Satgi dia tengok content gant chart kau sama/hampir sama dengan gant chart ni, haaaaa siap kau dik. 

Sekarang ni tengah cuti sem. Sebulan. HA HA HAA cuti la sangat kan. Tak cuti mana pun sebab mostly kami budak fyp ni tak balik rumah pun masa cuti. Aku lain cerita la. Rumah kat Putrajaya, memang tak lah nak sewa bilik kat kolej semata buat fyp. Baik duk rumah je. Drive pun tak sampai 30 minit dah sampai fakulti. Jimat duit makan, duit sewa bilik. Hehee. Duit minyak pun selalunya abah yang isikan. Haaaa kan super savers tu. 

Masa cuti sem ni, aku duk ulang-alik dari rumah ke fakulti. Masuk lab. Penat oi. Hari-hari pulak tu. Depends jugak la kan on project kita. Ada yang kena masuk lab hari-hari. Ada yang masuk dua tiga kali je seminggu. Kalau kau dedicated sangat, hari-hari dari pagi sampai petang duduk dalam lab buat lab work, tak jadi masalah. Kat situ lah baru lecturer boleh nampak betapa berdedikasinya kau terhadap project kau. So nak dapat solid A untuk 6 kredit fyp ni senang lahhhhh. Sebab mostly lecturer tak pandang sangat pun on result project kau. Yang penting cara kau handle project tu macam mana. Kalau main-main, gred kau pun main-main lah nanti.

So far kalau ikut kan basic fyp aku ni, dah lama siap. Tapi ada additional itu ini, tak habis lagi ni. Hmmm. Nak analyse sample pun mesin rosak. Dan-dan je pagi Rabu last week (21 Januari 2015) aku hantar sample, tup-tup petang tu dapat mesej yang Inductively Coupled Plasma (ICP) kat fakulti tu rosak.

Hancur berkecai hati ni bila dapat mesej camni

SOBSSSSSSSS.

And now, aku duk melangut kat rumah ternak lemak tepu yang semakin banyak sambil tunggu mesej yang cakap ICP tu elok balik. Haihhhh. Sabar je la tim oi. Sabar. Assobru minal iman. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Semoga fyp aku yang berkredit 6 jam ni dapat A solid. Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers