Friday, 7 August 2015

Seminar Kimia Industri 2015

Hai. Salam Jumaat. Penghulu kepada semua hari :)
Hari ni dah 22 Syawal 1436 H. Alhamdulillah dah habis puasa enam. Selasa hari tu dah raya buat kali ke-2. Nak raya buat kali ke-3 ni yang payah sikit ni. Puasa ganti T.T

Hmm. Takpe. Kita cuba slow slow okay. Semoga cepat habis gantiiiii. Gambateeeee Fatima! You can do it!

Okay topik kita hari ni ialah mengenai SEMINAR KIMIA INDUSTRI 18.
Yeayyyy. Our 18th INDUSTRIAL CHEMISTRY SEMINAR.

Date : 9 June 2015
Time : 8.00 am to 4.30 pm
Venue : Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya

Tag and abstract book

Abstract book ni ialah compilation abstract student final year yang hantar poster untuk dibentang. Semua student akan dapat. Don't worry. Bayar kot nak pegi SKI 2015 ni. Gila kau tak dapat abstract book ni. Rugi kalau tak dapat. Nanti dah tua-tua boleh tunjuk kat anak cucu. "Cu, ni lah projek tahun akhir nenek dulu". HAHAHAAA *hidung kembang 3 inci*

Sampai kat Cyberjaya around 8.00 am ++ camtu la. Pakai waze takut sesat. Cehhhh. Padahal tak sampai 30 minit pun dari Putrajaya tu. Minyak dalam tanki kereta pun macam takde effect je rasanya. Sampai sana terus register kat meja registration. Dr Janet kemain busy masa tu. Dengan laptop Apple dia, iPhone lagi. Haa busy betul. Biasa la, penyelaras projek tahun akhir kan. Mana tak busy.

Dalam pukul 9.30 am kami ada talk dari Naib Canselor Akademik UPM, Top Glove, Synthomer etc. Dengar ceramah sambil tersengguk-sengguk la jugak. Mengantuk. Tapi mata tahan je la. Seminar kan. Tak nak bawak perangai buruk kat dalam lecture pergi seminar oi. Malu.. Malu..

Lepas dengar talk je, Naib Canselor Akademik mula jelajah belakang dewan. Kat bahagian belakang dewan tu tempat semua poster FYP kami ditayang. Sape bernasib baik, kena lah interview dengan Naib Canselor tadi

P032. My poster and I

Weeeeee. Bahagianya cik kak atas tu. Muka cuak sebelum kena interview. Yes, I'm one of the lucky student yang kena interview pasal projek. Dah la tak ready apa. Ingat point masa present viva hari tu je. Point lain, kita tibai je. Entah la labuuuu. Redha je la eh.

Lepas present poster, ada jamuan ringan. Then sambung lagi talk. Kali ni forum pulak. Dari Top Glove, Petronas, Jobstreet. And the forum was conducted by Dr Ibrahim. Omgggggg Dr Ibby was very funny. Kelakar gila kot. Tak pernah lagi tengok lagi another side of Dr Ibby yang sangat kelakar dan buat lawak pelik dengan gaya dan slang British dia tu. I was like, "Dahsyat gila Abang Ib tahun ni". HAHAAA.
p/s : nama panggilan Dr Ibrahim, Abang Ib. Aku dengan Fitrah je guna masa nak bergosip. Hehee.

Habis je forum tadi, maka saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu LUNCHHHHHHH. Memang lapar gila kot. Makan sampai perut buncit, jubah hitam aku hari tu pun tetiba rasa ketat kat perut. Hihiii.
*tak ini bohong je, jangan percaya k?*

CMSS team and dental cement team with beloved Dr Norhazlin

Thank you Naim, Alip, Ili. Korang dah membahagiakan aku sepanjang kita duk mengacau acid dalam lab 253 tu. HAHAA. Tetiba teringat pulak duk main liquid nitrogen dengan Ili dalam lab. Bahagia betul. Serius macam kanak-kanak ribena masa tu. Mengekek aku gelak tak ingat dunia. Kalau Dr Hazlin tengok masa tu, Dr mesti was-was pikir 10 kali nak luluskan FYP aku tu. Hmmm.

PA. Personal assistant. Prof Zulkarnain Zainal. Ceh takde la. Penasihat akademik.

Terima kasih Prof Zul sebab dah banyak tolong saya dari 1st year sampai lah final year. Sampai ke proses sambung master pun Prof tolong jugak. Terima kasih Prof. Jasamu ku kenang sampai bila-bila.
InshaAllah.

Bersama Dr Janet

Haa ni lah Dr Janet. Dah banyak tolong kami masa final year hari tu. Dari proses pilih supervisor, borang-borang apa semua Dr Janet yang provide kan, jadual proposal presentation, viva presentation, SKI etc. Dr Janet pernah jadi lecturer aku dulu untuk subjek Kimia Perindustrian 1 dan Kimia Perindustrian 2. Sangat besttttt weh dalam lecture Dr Janet. Class assignment dia pun seronok je. Terima kasih juga Dr Janet. See you next semester for my postgraduate study. Huhuu.

The Kiminians. A few of them.

Geng tak senonoh. Astaghfirullah al'adzim. Teruknya perangai.

The Kiminians. Candid tak berapa nak candid sangat lah!

The Kiminians with Dr Tan Kar Ban

Sapa photographer ni oi. Gambaq senget!



Happy me is very happy. Yeay.

Tudiaaaa. Alhamdulillah. Aku menang. Berjaya merangkul 3rd Best Poster. Phew. Nervous jugak masa Dr Ibby announce. Sebab awal-awal tu dia announce nomber poster. P032. Aku macam terkejut. Kaget kejap. Dalam hati dah cakap, "Eh macam nombor poster aku je. Watlek dulu. Karang Dr Ibby panggil orang lain kang buat malu je". Tup-tup Dr Ibby sebut tajuk projek FYP and lasttttt sekali baru dia sebut nama. Phewww. Betul lah tu. AKU. Sobs. Terharu, sebak, gembira, excited semua campur aduk. Rasa dihargai bila poster yang aku buat, bersengkang mata sampai pukul 3 am lepas balik kerja dari Royal Floria Putrajaya 2015 baru nak buat poster. Yes, aku kerja kat Floria. Seminggu sebelum SKI aku kerja. Dan sehari sebelum SKI baru Floria habis. Gila tak penat weh. Penat nak mammmm. Hmmm. Tapi berbaloi la dengan gaji yang dia bagi. Sangat berbaloi okay!

Okay. Tu je nak merepek kali ni. Panjang sangat dah ni. Sekarang pun dah pukul 4.53 pm. Pukul 5 satgi nak balik dah. Iyeeee iolls tengah intern lah ni. Huh. Kbai. Nak kemas-kemas barang. Nak balik nak mengadap jem satgi.
T.T

Sunday, 26 July 2015

Projek Tahun Akhir Ku (2) || My Final Year Project (2)

Hai
*lap habuk kat blog*
Senyummmm please :)

Lama dah tak jenguk blog ni. Ingatkan dah lupa password tadi masa nak sign in. Nasib baik tak nyanyuk lagi. Sekali try je. Phewww. Lega! Ye la, kalau kat lappy sendiri, sekali sign in je. Pastu save password, jangan sign out. Maka 10 keturunan pun tak payah duk hafal password blog dah. Automatic save. Ni kau dah sign in blog guna komputer tempat intern, memang idok leerrr nak save password.

Oh yeee. Cakap pasal intern kan, nanti aku buat entry baru. Maybe lepas dah habis intern awal bulan September ni. Banyak benda nak post pasal intern ni. Hewhewheww.

Okay. Balik ke topik asal kita hari ni pulak okay? Entry kali ni adalah sambungan daripada entry awal tahun hari tu : 
Projek Tahun Akhir Ku || My Final Year Project
Ye la. Nak la jugak cerita pasal hasil yang aku dapat lepas dah habiskan fyp ni. Horeh!

Let's take a slow walk to view my progress for my project. Ayuh kita!

Cross-linked sago starch

Acid gel in the making after 72 hours

Placed the acid gel in a tea bag

Dried acid gel

Grinding process

Ground acid gel

For more steps and methodology, kindly pm me for best. HAHAAA. Just kidding kids. No harm okay.

Me and Dr. Norhazlin on my pre-viva presentation.

Sis otai. Present pre-viva pakai t-shirt and jeans je. Dulu awal-awal masa pre-proposal presentation, kemain pakai jubah, shawl lilit-lilit terlilit anak tekak haa. Bila dah hujung-hujung sem, bapak lahhhh pemalas. Sarung je apa yang nampak simple dan tak perlu nak starch, iron bagai. Papp papp 5 minit siap. HAHAA. 


Data analysis. Yep. Saya rabun. Hahahaa.

Nak buat 1 graf je, dekat seminggu edit. Touch up sana, touch up sini. Phewww. Lap peluh.


A day before viva presentation

Aku suka buat slide presentation lain daripada orang lain. Biar examiner tengok and they were like, "Woww budak ni ada effort. She deserves an A." HAHAAAA. Sape tak nak solid A for fyp woihhh. Habaq mai sini sapa ja yang tak nak solid A tuhh?

Horeyyyy. I'm done bebeh.

Habis semua peluh jantan, peluh betina keluar masa nak present viva pagi tu. My examiners are Dr Ernee and Dr Alif. Dr Alif just came back from oversea. So aku tak tau la camne cara dia marking for presentation. Buttttttt, everyone in Chemistry Department know Dr Ernee very well. Pehhh. Berjuta killer questionssss aku dapat dari Dr Ernee hari tu. Lucky me, I managed to answered 4 questions out of 5. And the only question yang aku tak dapat jawab was, "What is the definition of heavy metal?" Pehhhh. Seriau weh. Soalan dia simple and deep. Tapi aku tak mampu nak jawab sebab lupaaaa. LUPAAAAAA. Damn I hate my own silly and stupid mistake. Hmmm.

Haaa. Itu je la so far. Next post, kita gebang pasal Seminar Kimia Industri 18 (SKI-18) pulak ye. Yang tu lagi banyak gambar nak upppp. 

Hewhewhewww. Till then. Good day peeps.

#muahcikeddd :3

Monday, 26 January 2015

Projek Tahun Akhir Ku || My Final Year Project

Eh. Selamat tahun baru 2015. Dah 26 hari sambut tahun 2015, baru rasa nak jenguk blog. Baru rasa nak wish tahun baru. Hahaaa. Lame Fatima lameeeee. Berhabuk dah blog ni.

Biasalah tu. Bila dah pegang title pelajar tahun akhir ni, semua benda tak terkejar. Contohnya, blog ni. Final year project a.k.a fyp?? Tak payah cerita. Yang tu lagi lah tak terkejar haaaa. Lagi-lagi bila fyp kau tu dah macam budak master punya project. Yang bezanya, bahagian method je. Cis. Aku patut skip degree hari tu, patut terus ambik master. HA HA HA. LAME!

Okay okay ayuuuuuh lah kita kembali ke pangkal jalan. Merepek merapu memang tak jadi apa la satgi kan.

Nur Fattima' Al-Zahara' Binti Tuan Mohamood
16xxxx (mana boleh tayang nombor matrik oi)
Major in Bachelor of Science (Hons.) Industrial Chemistry
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Project : Carboxymethyl Sago Starch (CMSS) - Acetic Acid Gel
for Removal of Heavy Metal

Ni dia rupa front slide proposal aku

Orang kata buat fyp ni senang. Hoi sape cakap senang? Meh sini tolong ajar aku buat labwork. Takde la susah mana. Takde la senang sangat. Jujur aku cakap, fyp ni memerlukan kerajinan. Kalau malas, takde projek siap on time. Bohonglah. Kecuali miracle berlaku. Who knows? Kalau Allah kata kun fayakun, sekejap je project siap. Tapi dah kalau kau sendiri takde + tak nak usaha untuk siapkan fyp, memang tak lah Allah nak tolong. Sebabnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu umat tu melainkan mereka yang ada usaha untuk berubah. (tolong betulkan kalau aku salah).


Rupa baru habis present proposal

Susah baq hang present proposal hari tu. Bukan present yang susah. Nak jawab soalan dari examiner tu yang susah. Lagi-lagi bila examiner tu memang famous dengan soalan-soalan killer. Pehhhhh. Memang kena. Terus menerus soalan dia menusuk qolbu. Bertubi-tubi aku kena tusuk hari tu.
T.T

And kepada adik-adik Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM yang bakal ambik fyp nanti dan examiner dia Prof Madya Dr. Halim, best of luck wa cakap lu. Hahahaaa. Be prepare je la. Make sure faham semua benda pasal project kita. Nanti kalau tak faham sangat pun, atleast ada idea nak goreng apa. Hari tu pun aku dah cukup penat duk goreng jawapan nak hidang kat Dr Halim. Pehhhh. Rangup hasil gorengan dia. Terasa kat tekak kriuk kriukk tu. 


Gant chart

Gant chart kat atas tu ialah progress project aku sepanjang semester 1. Apa yang aku dah buat, godek sana godek sini, simbah acid sana simbah acid sini semasa semester 1 dan sepanjang 14 minggu aku kat fakulti. And then lagi satu gant chart yang kat bawah tu, apa yang aku bakal buat semester depan yakni semester 2. 
p/s : Adik-adik yang bakal ambik tajuk fyp pasal CMS, baik kau jangan tiru gant chart ni. sebab Dr Hazlin ni sangat detail orangnya.  Satgi dia tengok content gant chart kau sama/hampir sama dengan gant chart ni, haaaaa siap kau dik. 

Sekarang ni tengah cuti sem. Sebulan. HA HA HAA cuti la sangat kan. Tak cuti mana pun sebab mostly kami budak fyp ni tak balik rumah pun masa cuti. Aku lain cerita la. Rumah kat Putrajaya, memang tak lah nak sewa bilik kat kolej semata buat fyp. Baik duk rumah je. Drive pun tak sampai 30 minit dah sampai fakulti. Jimat duit makan, duit sewa bilik. Hehee. Duit minyak pun selalunya abah yang isikan. Haaaa kan super savers tu. 

Masa cuti sem ni, aku duk ulang-alik dari rumah ke fakulti. Masuk lab. Penat oi. Hari-hari pulak tu. Depends jugak la kan on project kita. Ada yang kena masuk lab hari-hari. Ada yang masuk dua tiga kali je seminggu. Kalau kau dedicated sangat, hari-hari dari pagi sampai petang duduk dalam lab buat lab work, tak jadi masalah. Kat situ lah baru lecturer boleh nampak betapa berdedikasinya kau terhadap project kau. So nak dapat solid A untuk 6 kredit fyp ni senang lahhhhh. Sebab mostly lecturer tak pandang sangat pun on result project kau. Yang penting cara kau handle project tu macam mana. Kalau main-main, gred kau pun main-main lah nanti.

So far kalau ikut kan basic fyp aku ni, dah lama siap. Tapi ada additional itu ini, tak habis lagi ni. Hmmm. Nak analyse sample pun mesin rosak. Dan-dan je pagi Rabu last week (21 Januari 2015) aku hantar sample, tup-tup petang tu dapat mesej yang Inductively Coupled Plasma (ICP) kat fakulti tu rosak.

Hancur berkecai hati ni bila dapat mesej camni

SOBSSSSSSSS.

And now, aku duk melangut kat rumah ternak lemak tepu yang semakin banyak sambil tunggu mesej yang cakap ICP tu elok balik. Haihhhh. Sabar je la tim oi. Sabar. Assobru minal iman. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Semoga fyp aku yang berkredit 6 jam ni dapat A solid. Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers