Sunday 15 December 2013

Update Gigi Besi Part 2

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia

Kadang-kadang pelik jugak ye bila duk fikir pasal memberi dan menjawab salam. Kalau as a muslim, we said "assalamualaikum" dan the answer is "waalaikumussalam". Bagi non-muslim pulak selamat sejahtera bagi kedua-dua situasi memberi dan menjawab salam. Tapi kalau ikut Pak Najib kita, salam 1 Malaysia. How we suppose to answer that kind of salam? Should we say "salam 1 Malaysia" also??
Heeeeh pelik.

~krikk krikk krikkk~

Update gigi besi part 2. Horeeyyy.
Lama dah tak berkongsi cerita itu ini itu ini pasal gigi. Busy uolls. Sorry. Heheee.

Hari Jumaat, 13 Disember hari tu pergi update gigi besi dengan doktor tersayang. Doktor puji lagi gigi cantik. Kembang kempis hidung yang tak berapa mancung ni. Heihhh mungkin hidung pun kena pakai braces jugak kot nak bagi mancung bak seludang. Hahaaa.

blue-pink

Yang atas tu, braces last month. Bulan November punya. Tak sempat nak update kat blog sebab bulan lepas merupakan bulan busy sedunia kan. Test, report submission, assignment blaaa blaaa semua. Penat betul. So kita bring forward masuk bulan ni, Disember 2013.

turquoise-purple

Semalam jumpa doktor. Then bila check gigi semua, terus doktor suruh pilih nak warna apa. Yeay~ Part paling excited tiap kali pergi klinik gigi. Heheee. Terus mintak dua warna tu. Mula-mula confuse jugak nak ambik warna apa. 

Kali ni dah pakai final wire dah. Start pakai final wire bulan November hari tu. Masa pakai bracket warna blue-pink. Since gigi dah tersusun sket, doktor suruh pakai final wire. A few friends of mine yang pakai braces jugak (Haziq, Burn, Aimi) tak pakai final wire lagi. Yang dah mula pakai final wire hanya Anne dan aku je. Sebab structure gigi ktorang dah comel. Ihikkks. Yang lain-lain tu lambat sebab structure gigi dorang tak tersusun rata lagi. So kena pakai wire macam biasa.

Final wire kali ni memang sakit. Sakit gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Macam first time pakai braces. Sebab wire kali ni tebal sket compare dengan wire sebelum ni. Seminggu jugak la merana tahan sakit. Pastu dah biasa dah. Tak sakit pun. Siap boleh makan nasi goreng daging merah lagi haaa. 

Jangan dicabar orang yang tengah kelaparan. Okay??
:P




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers