Tuesday, 5 November 2013

Update Gigi Besi

Assalamualaikum dan selamat tengah hari :)
Salam Maal Hijrah kepada semuaaaaaaa
Hari ini 1 Muharram 1435

Post kali ni bukan berkenaan pasal hijrah since kat fesbuk pun dah upload, kat twitter pon sama. Instagram?? Hahhh tak payah cakap. Penuh kat garisan masa tu. So hari ni nak cakap pasal gigi.
Eh biar lah cakap pasal apa pon. Aku punya blog. Aku punya sukalah. HAHAA.

Bulan ni dah cukup 8 bulan aku pakai braces. Kalau ikutkan ibu-ibu mengandung, ni dah kira fasa terakhir dah ni. Due date nak deliver dah dekat. lol. Tapi ni bukan preggy thingy okay. Nak cakap pasal preggy, kita tunggu kahwin dulu. Ada hati nak cakap pasal kahwin. Huhhh. *lempang pipi sendiri*

Nak tunjuk koleksi gigi sebenarnya. Hahaa. Patut buat entry ni dari awal lagi. Tapi rasa malas teramat sangat. Nak ambik gambar gigi lagi. Euuwwwww euuwwww. Like seriously. Ada ke orang ambik gambar gigi sendiri melainkan aku sorang je? Ada ke? Okay kalau ada, kita geng! XD

Meh sini nak upload gambar awal-awal pakai braces. Hingga la yang latest so far.

First time pakai braces

Tukar colour weeee~ muntah pelangi

Ni yang paling latest buat masa sekarang


Dari ketiga-tiga gambar kat atas, mungkin tak nampak sangat la kan perbezaan yang dah jadi kat gigi aku. Tapi aku tahu structure gigi sekarang dah okay compare dengan awal-awal pakai braces. Weeeee~ Saya suka gigi saya sekarang. Kehhkehhh.



Nampak structure gigi di atas? Yezzaaaa. Tu la gambar gigi asal aku. Gambar ni aku ambik curi-curi kat klinik gigi hari tu. Masa tu doktor gigi tengah busy nak cari wire baru nak letak kat bracket. So aku dengan super duper excited state terus keluarkan fon dan snap gambar acuan gigi aku ni. Heyy ingat senang-senang ke doktor bagi snap? Entah la. Doktor tak pernah warning pon either boleh ambik gambar ke tak. So aku assume doktor tak kasi la kot. KOT. 

From the picture above, boleh nampak clean and clear kan keadaan gigi yang tak berapa nak tersusun. Wuwuwuuuu menangis iolsss tau. Okay joking. Tak pernah menangis pon pasal gigi. Kecuali masa sakit ye la. Menangis sikit. Sikit je. Masa sakit tu, rasa nak tampar-tampar semua orang yang tanya sakit sangat ke?? Hoihhh sakit okay. Tau tak sakit gigi ni merupakan sakit yang ketiga paling sakit selepas sakit nak mati dan sakit nak beranak. Even sakit pms pon jatuh nombor empat. Haa kau bayang betapa sakitnya tu.

Lelaki?? Hahh tak payah nak mengada nak bayang sakit nak beranak tu macam mana. Sakit nak bersunat pon dah melalak satu kampung. lol. Aku tau lah sebab adik lelaki aku total semua lima orang. So setiap ragam tu tak payah nak kata la. Ada yang jenis rileks, cool, chill. Ada yang jenis menangis tak nak bersunat la apa la. Geli perut tengok sorang-sorang. Heheee.

Okay. Done with sunat-sunat tu. HAHAA. 
Sambung balik pasal pendakap gigi ni. ^______________^

Hari ni 5 November 2013. Next appointment dengan doktor 8 November 2013. Ada lagi 3 hari nak tukar wire baru. Weeeee~ Excited nyaaaaaa. Tak sabar nak tukar colour bracket.

Saturday, 2 November 2013

Majlis Konvokesyen UPM ke-37

Salam graduasi kepada semua warga UPM :)
Tooooooo late LOL


What everrr la too late ke tak *flip rambut* -_____-

Okay okay. Tahniah kepada semua warga UPM yang bergraduat tahun ni.
Tahun 2013. Seribu kali tahniah dari saya, insan yang tidak punya apa-apa ini. Sobs.
Tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan pengajian sama ada dalam degree, master mahupon phd. Double degree, double master mahupon double phd pon buleh laaaaa.

Tahun ni majlis konvo UPM bertemakan warna maroon. Tahun lepas, 2012 tema warna purple. Tahun sebelum tu, 2011 tema warna maroon. Selang seli ja temanya. But sokay lah. Both colours are my favorite. Takdak hal.

Majlis konvo kali ni a bit special. Sebab ada Ku Azzanea Hafitza Ku Ahmad a.k.a Kak Bee
My big sistaaaa in da house. Bukan kakak kandung since im the eldest in my family.
Tapi dah anggap kak bee macam kakak sendiri. I lebiuuuuu kak bee. :D
Kak bee merupakan tempat untuk luah perasaan. Luah masalah. Luah semua benda yang tak puas hati. Pendek kata, she's everything for me. Panjang kata, kak bee adalah segalanya. Ececehhhh.

i lebiuuuu kak bee. 

Ehemmm. For the first time aku kiss kak bee. Sobs. Terharu gila. :D
Hey ingat aku ni senang-senang ke nak kiss orang? Mak je mampu terima kiss aku. Orang lain, krik krikk krikk. Tak ingat sangat sape yang pernah terima special kiss. Hewhewww :3


Jambangan bunga dengan bear kuning tu hadiah untuk kak bee. Kongsi duit dengan rumate beli hadiah tu. Sebenarnya kak bee claim chocolate untuk hadiah grad. But since tak sempat nak pergi beli chocolate pada hari-hari sebelumnya sebab ada kem kat Melaka, so mampu beli bunga dengan bear je la untuk hari grad kak bee. 
Ni pun dah dua tiga kali kak bee cakap, "kenapa benda alah ni? nak chocolate"
Alah kak bee ni. Merengek macam budak-budak. Tapi layankan aje perangai dia tu. Bukan selalu. Once in a life time. LOL

For the first time nak menangis tengok orang grad. Ye la masa mak dengan abah grad dulu, aku mana ada lagi. Mak dengan abah pon tak jumpa dan tak kenal pon masa tu. Mak grad dari UKM. Abah grad dari USM. Celah mana nak jumpa?? Tapi kampung mak dengan kampung abah tak sampai 5km ja pon. Nak tunang baru kenal. Mak kan pemaluuuuu. Ihikkk >.<

Okay cerita kahwin mak dengan abah, kita cerita dalam entry lain ye. Next time. Masa jiwa aku tengah romantik la kot baru boleh buat entry tu. Baru sweet. LOL
Atau kita cerita masa aku nak kahwin nanti ke. Baru semangat nak pongpangpongpang. :P

kak bee terpaksa pose ikut kata aku. HAHAAA

Seronok tengok orang grad. Semua muka ceria je. Siap bawak satu kampung haa datang tengok majlis konvo. Biasa la tu. Mungkin anak tunggal. Atau anak sulung yang grad dalam famili.
So chances untuk aku bawak satu kampung pun tinggi jugak ni. Heyyy anak sulung grad kot.
Aku akan pastikan semua adik lelaki aku ponteng sekolah masa hari grad aku nanti. Even ponteng itu tak bagus itu masa depan. HAHAA. Korang wajib datang bila the one and only kakak ni grad. WAJIB.
Mak dengan abah tu tayah cakap. Memang sah-sah akan datang punya.

Semalam masa duk cakap-cakap dengan mak dalam keta, mak terpandang keta vios. Model baru. Mak kata "Dah tengok keta vios model baru? Lawa"
Aku dengan penuh confident dan tak tahu malunya jawab, "Tak tengok lagi. Lawa sangat ke ma? Nanti orang nak la buat hadiah grad nanti". Pastu gelak kuat-kuat dalam keta.
Tak cover-cover dah sebab masa tu aku dengan mak je. HAHAHHAHAHA.


gadis hot cendekiawan :)

Okay. My last words. Penat la taip banyak-banyak ni. Lenguh.

HAPPY GRADUATION DAY KAK BEE :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers