Saturday 13 April 2013

Pendakap Gigi Kesayanganku

Hai hai hai peeps! :D

Hari ni merupakan hari kedua aku pakai braces. a.k.a pendakap gigi

hoooooreyy~

Omaigoddddd!!! Serius lenguh pakai braces ni. Aku tak tahu la pulak macam ni seksanya bila pakai braces. Ohhh. Sedih sedih sedih. Sobsss. 
Well~~ Takpe. Berkorban sikit demi masa depan yang cerah. Puihhh. Hahahaaa

Masa pergi pasang braces semalam, punya la super duper excited kan. Berdebar ni haa, rasa macam tengah nak akad nikah. Hahaa. *merepekss* Pastu macam-macam lah terpikir kat dalam kepala ni. Bahaya ke tak, betul ke keputusan aku buat ni nak pakai braces. Even mak dengan abah dah bagi green light kan. Tapi buat jugak lah sebab hari tu masa pergi x-ray gigi, dah bayar rm200. Rasa membazir pulak kalau cancel. Bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hehee

So pagi semalam lepas kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju semua around 10.30am, aku pergi la klinik gigi kat Presint 8 tu sorang-sorang. Berdebar gila masa nak jejak kaki dalam klinik tu. Dup dup dup. Rasa nak pitam je masa tu. Pastu terfikir balik, satgi kalau pitam kat tepi jalan tu, takde siapa pulak nak angkut. So tak jadi pitam lah! Hahaa

Duduk kat sofa klinik tu dalam 5 minit, kat flat screen terpampang nama aku. Maknanya dentist dah panggil masuk. Fuhhh. Cuak ni. Peluh jantan, peluh betina semua keluar haa. Sabaq sabaq. Kejap je tu. Tak lama. Lagi pon aku tayah cabut gigi sebab gigi aku tak teruk sangat la macam certain people kan kena cabut dulu baru boleh pasang braces.

Bila dah duduk kat atas kerusi tu, dentist dah suruh aku pilih warna braces. Arghhh. Part ni yang paling aku lemah ni. Macam-macam warna ada. Tapi sedih sebab febret colour aku dah habis. Purple is out of stock! Mencik mencik mencik!!!!! Dentist tu suggest kat aku warna merah kuning. Fuhhh. Selangor gila. Hahaaa. But then aku reject! Cehh. Bajet ah kekononnya. Then aku ambik warna merah-gold. Lagi menyerlah. Heheee

janggg! tak nampak sangat lah warna gold tu

Duration pakai braces ni adalah lah dalam 1 jam 30 minit. Lenguh woih. Kebas mulut. Serius nih. Tak tipu. Bila dah siap pasang, aku tengok la cermin kat dalam bilik tu. Mak aihhh. Pelik gila muka aku. Senyum pon janggal. Senyum malu-malu kucing gitu. Hahaaa. Bila denstist dah trim gigi aku yang sumbing sket ni, rasa macam comelsss pulok. Hahaa. Kes sumbing ni sebab masa kecik-kecik dulu, gigi terhantuk kat lantai masa tengah meniarap buat homework. Haa rajin tak aku?? Hmm~ Pastu mulut ni, rasa berat je nak bukak. Nak senyum pon rasa malas gila. Well friends, next week bila aku pegi kelas, jangan pelik bila aku tak cakap dengan korang ye. Masih dalam situasi nak sesuaikan diri nih! Kehkehhh ^.^v

Then bila dah keluar dari bilik tadi, ada sorang kakak receptionist ni. Dia yang bagitau pungpangpungpang sket pasal nak berus gigi ke, apa ke. Dia bagi kat aku (bukan bagi, aku bayar ok) starter kit untuk pemakai braces yang masih noob macam aku ni.

ni dia starter kit

Kat dalam starter kit ni, ada lah special tooth brush, mouth wash, ubat gigi. Tapi akak receptionist tu cakap wax untuk prevent mouth ulser dah out of stock. So aku kena tunggu next appointment baru boleh dapat kot. Pastu terpaksa pulak beli super floss. 

Ni gambar barang-barang yang ada dalam starter kit aku.

ubat gigi

special tooth brush. v-shaped.

mouth wash


oral B superfloss. yang ni kena beli asing-asing sebab takde  dalam starter kit provided

Sampai sini je la kot! Malas dah nak tulis bebanyak. Malas. Malas. Malas. Hahaaaa :P










Wednesday 10 April 2013

Saya dan Gigi Besi

Hai hai hai peeps!

Kali ni aku nak cakap pasal braces. And wanna noe why?? Sebabnya minggu ni adalah minggu terakhir aku bergigi normal macam orang normal. Jumaat ni (12 April 2013) gigi aku akan disangkarkan dengan besi uollsss. Besi.
Wuuuuuu sobsobbssss T.T

not mine

And part yang paling tak best pakai braces ni ialah kau tak boleh sesuka hati mak nenek kau je nak rembat makanan. Tau tak bahawa aku ni foodlover. Sobss. Kesadisan di situ. 
Mak cakap nanti kurus lah aku sebab kena jaga makan. Minum pon tak boleh sebarangan. Huihhh sadis weh sadis. Takpe takpe. Ini pengorbanan namanya. Jika tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagu. Tak gituuuu?? *hebat betul aku bab-bab peribahasa ni*

Ada lagi satu part yang aku tak berapa nak suka. Senyum. Tahu tak bahawa aku ni manusia normal yang dah terbiasa sejak azali senyum nampak gigi. Gigi hodoh pon takpe. Peduli la. Senyum jugak sebab senyum tu sedekah. Hahahaaaa~~
Tapi bila dah pakai braces nanti, confirm nak senyum pon kekok. Alaaaaa senyum ala-ala wanita Melayu terakhir gitu. Senyum tutup mulut. Ohmaii. Dahsyat gila aku satgi. *muntah sendiri*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers