Saturday, 3 March 2012

Ketagihan Yang Melampau

Hallooo hallooo...


Semester dua kat UPM dah hampir tiga minggu berlalu. Dan kehidupan diteruskan macam biasa. Ohhh sangat  bosan. Yela korang akan buat benda yang sama setiap hari. Pergi kelas, pergi makmal, buat report, presentation dan blaa blaa blaa supaya result final exam nanti makin gempak atau pon nak maintain kan empat rata korang tuh. Okey fine yang empat rata tu korang je. Aku belum jejak lagi yang rata-rata ni. Asyik bergunung-ganang je. Ahhh demmit. Jelesss -.-

Okey la. Sebenarnya entry kali ni aku nak cakap bukan pasal result exam or what so ever la kan. Tak kuasa dah nak tunjuk result ni. Lemah semangat dah. And I know that I need improvement from my previous result. wuwuwuu. Kali ni aku nak cakap pasal novel. Ohh yeah. N.O.V.E.L. Awat nya? hang tak percaya ka aku baca novel..? Aku bukannya nerd sangat dok baca buku kimia 24 jam. Adoiii. Mau botak kepala nanti.

Macam yang korang sedia maklum, kerajaan Malaysia sangat-sangat lah bermurah hati pi bagi students baucer buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak rm200.


So, macam orang mengantuk di sorongkan bantal la. Hehee. Aku ni pandai amek kesempatan kalau korang nak tahu. Pantang ada peluang je. Aku dah berjaya menghabiskan BB1M aku untuk beli novel thriller by Ramlee Awang Murshid (RAM). Seriously novel dia best gila. And novel yang dia tulis pon bukannya mengjiwang je. Memang thrill habis la. Tak rugi pon kalau korang beli. Lagi satu, novel RAM ni takkan buat korang berangan-angan macam Mat Jenin tu. Takde jiwang-jiwang karat ni. 


Maybe bila korang tengok cover page dia then cakap, "Ek eleh. Tadi cakap bukan novel cinta. Pastu ada pulak perkataan jiwa-jiwa kat cover page ". Sabaq sabaq. Bak kata orang putih, don't judge the book by its cover. Haaa. Masa ni la korang perlu apply kan pepatah orang putih tu. Baca then baru boleh komen pasal novel tu. Aku dulu pon bukannya minat dengan novel-novel thriller ni. Pastu bila kawan aku dah mula ajar aku baca novel thriller since zaman matrikulasi, so aku mula addicted la. Ketagih woo. Macam dadah. Serious aku tak tipu. Memang addicted habes la ni. Huuuu. Tapi takpe la. Yang ni tak bahaya pon. Dan tak membazir. Sampai anak cucu cicit korang pon boleh baca ni. Plusssss, novelis dia pon ada selit-selitkan hal-hal keagamaan ni. So novel-novel ni pon boleh dikatakan novel ilmiah jugak la bukan stakat bahan picisan je. Haaa. Untung tuuh.

Oh lupa pulak. Aku ni bukannya kaki membazir. Bukan beli novel je kerja aku. Ada jugak la beli buku. Buku ilmiah okey..? Atleast takde la aku dok mengadap library tiap-tiap hari kan bila nak guna buku buat rujukan report yang bertimbun tu. Uhh..

RM98.00 -.-

See. Kan aku dah habaq. Aku ni bukan kaki bazir. Aku gunakan sebaik mungkin tau BB1M tu. Apa korang ingat buku-buku chemistry yang tebal 4 inci tu harga 3-4 ringgit?? Amboiii. Almost rm100 hang tau satu buku tu. Korang bayangkan aku kat uni ni ada lagi 6 sem. Every sem beli buku. Mau bankrup aku nanti. Tu tak tambah lagi dengan yuran sem. UPM mahal woo yuran dia. UPM aka Universiti Paling Mahal. hehee.

p/s : use your money wisely okeyh..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers