Wednesday 11 January 2012

Aku dan Alcohol

Hangpa semua jangan dok pikir lain pulak haa. Mentang-mentang aku tulis entry kali ni pasal aku dengan alcohol, hangpa dok ingat aku minum arak pulak. Ishhh. Tolong la wahai umat manusia sekalian. Tak ingin aku nak minum air kencing syaitan nirrajim tu. Nauzubillah. Mintalah dijauhkan dari aku dan anak cucu cicit keturunan aku nanti. Janganlah ada yang nak cipta sejarah gilang-gemilang pulak. InsyaAllah. Amin~~

Bukan apa, terlintas kat kepala aku ni nak buat entry pasal alcohol. Sebabnya, mabuk dok baca chapter ALCOHOL AND PHENOL untuk final exam hari tu tak hilang-hilang lagi. Oke. Kali ni aku nak cerita pasal perfume sebenarnya. Fuhh. Wangi-wangian yang menggoda. *Khayal kejap* Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal pasal perfume ni, aku nak habaq mai pasal seorang pakcik yang jual perfume ni. Bukan pakcik sebenarnya. Lebih kepada ‘abang’. Tapi sebab dia nak condemn aku, so aku panggil dia pakcik. Haahaaa. Padan muka.
Beginilah al-kisahnya…..


PAKCIK : Dik, mai beli mai. Perfume branded ni.

AKU : Owh. Brape ringgit ni pakcik? *Padahal punyalah besar dia tayang harga*

PAKCIK : Murah je ni. RM25 sebotol. Belilah satu.

AKU : Hmmm. Jap eh saya usha dulu.

5 minit kemudian……………

PAKCIK : Tak nak beli ke??

AKU : Kejap.. Kejap. *Sambil sembur perfume banyak-banyak kat baju*

PAKCIK : ……..*Buat muka bosan*

AKU : Pakcik, perfume ni kan, tambah air ke??

PAKCIK : Dik, semua perfume kan air.

AKU : Yela. Saya tau.

PAKCIK : Dah tu…..??? *Muka kerek gila*

AKU : Laa pakcik ni. Perfume kana da brape percent je air. Lagi balance tu ada alcohol, minyak. Saya tau la sebab saya pon belajar jugak benda ni. 

PAKCIK : ……………………???

AKU : Ish pakcik ni. *Then terus blaah dari kedai tu*


So, moral of the story : Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad

Begitulah kisahnya. Dannnn, aku masih tak puas hati dengan pakcik tu sampai hari ni. Sebab apa?? Dia tak bagi tau aku jawapan yang sebenarnya pasal perfume tu. Yela, kalau korang gi kedai perfume yang cikai-cikai (gerai sebenarnya), tanyalah juru jual dia dulu. Perfume tu tambah air ke tak. Sebab kadang-kadang, penjual ni, dorang nak untung cepat. So, dorang beli satu perfume yang ori, then divide into four or five separate bottles, pastu letak air. Maka, taraaaaa. Siaplah empat/lima botol perfume. Untung kan? Kan??

Aku pon pernah jugak beli perfume cikai-cikai cam tu. Eleeehh. Bukan RM25 tapi RM10 je. Ciss. Pakcik tu memang nak cekik darah aku. Ingat boleh kaya la tu kalau tak jujur. Apa?? Ingat atas dahi aku ni ada cop “$ LOADED $” ke?? Amboiii. Melampau nih!! Oke. Habis dah cerita pasal aku dan penjual perfume. Kisah kat bawah ni, aku nak cerita pasal perfume pulak.



Based on knowledge aku dan apa yang aku yang tahu (SAHAJA), perfume ni ada lima (5) jenis. Mereka adalah :
·         Perfume
·         Eau de perfume
·         Eau de toilette
·         Eau de cologne
·         Cologne splash

Dulu time kecik-kecik, aku selalu ingat eau de toilette tu sebenarnya pencuci toilet. Hahaaa. Oke. Lawak dah habis. Now, we go to more serious part. Main content yang ada dalam sebotol perfume ialah oil, alcohol and water. Korang jangan dok ingat oil yang aku tulis tu minyak masak atau minyak gamat pulak. Tak pon minyak senyonyong. Oil yang aku maksudkan kat sini ialah essential oil atau pon fragrance oil. Minyak yang bau wangi harum semerbak kasturi tu la. Apadaaa. So, kalau korang nak lebih faham kat sini, meh aku buatkan satu jadual khas. Tajuk dia “Making perfume/cologne”. Sumpah wei aku tak tipu. Ni aku ambil kat lecturer notes ORGANIC CHEMISTRY kot.*credit to my beloved lecturer J *

Making perfume/cologne

BY PERCENTAGE
% OF TOTAL
% OF REMAINDER

OIL
ALCOHOL
WATER




Perfume
15-30
90-95
5-10
Eau de perfume
8-15
80-90
10-20
Eau de toilette
4-8
80-90
10-20
Eau de cologne
3-5
70
30
Cologne splash
1-3
80
20

nota.kaki.aku : reading from the above example for perfume, your essential/fragrance oils would constitute 30% of the total quantity and the remaining 70% (which is 95% alcohol and 5% water)

Haaaa. Faham dah?? So, to summarize our lesson today, makin tahan lama sesuatu perfume tu, makin banyak content alcohol dia dan makin wangi. Betol ni. Tak tipu!  Sebab aku ada beli perfume yang cikai dan yang ori. Memang jauh beza la. Pakai yang cikai tu, tak sampai 2 jam, bau dia dah hilang da. Pakai 5 minit, pastu kena hujan sikit, dah tak wangi dah. Tapi bila pakai yang ori, start pagi sampai malam nak tidur tu pon still ada bau wangi lagi. Even kena hujan pon bau wangi dia tak hilang.

And, kalau korang nak tahu sesuatu perfume tu jenis apa, korang boleh check kat bawah botol tu. Dia akan tulis punyalah. Selalunya yang aku selalu nampak, eau de perfume dengan eau de toilette je. Kalau nak jumpa perfume yang betol-betol perfume tu, terpaksa la aku menebalkan muka gi tanya akak kat Parkson Alamanda, then usha perfume tu 5 minit pastu blaah cam tu je. Maluuu doe. Setakat tengok je. Bukan beli. Pastu mesti akak tu cakap dalam hati dia, “Amboiii. Belagak nak usha perfume harga beratus-ratus”.

p/s 1: Kak, dalam poket saya ni, ada RM200 tau. Baru je minggu lepas dapat voucher buku. Akak ada?


  
p/s 2 : Kalau korang pernah tengok cerita PERFUME, korang akan tahu how they make the world most amazing perfume. Heee. Movie ni untuk tontonan 18 tahun ke atas SAHAJA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers