Saturday, 3 March 2012

Ketagihan Yang Melampau

Hallooo hallooo...


Semester dua kat UPM dah hampir tiga minggu berlalu. Dan kehidupan diteruskan macam biasa. Ohhh sangat  bosan. Yela korang akan buat benda yang sama setiap hari. Pergi kelas, pergi makmal, buat report, presentation dan blaa blaa blaa supaya result final exam nanti makin gempak atau pon nak maintain kan empat rata korang tuh. Okey fine yang empat rata tu korang je. Aku belum jejak lagi yang rata-rata ni. Asyik bergunung-ganang je. Ahhh demmit. Jelesss -.-

Okey la. Sebenarnya entry kali ni aku nak cakap bukan pasal result exam or what so ever la kan. Tak kuasa dah nak tunjuk result ni. Lemah semangat dah. And I know that I need improvement from my previous result. wuwuwuu. Kali ni aku nak cakap pasal novel. Ohh yeah. N.O.V.E.L. Awat nya? hang tak percaya ka aku baca novel..? Aku bukannya nerd sangat dok baca buku kimia 24 jam. Adoiii. Mau botak kepala nanti.

Macam yang korang sedia maklum, kerajaan Malaysia sangat-sangat lah bermurah hati pi bagi students baucer buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak rm200.


So, macam orang mengantuk di sorongkan bantal la. Hehee. Aku ni pandai amek kesempatan kalau korang nak tahu. Pantang ada peluang je. Aku dah berjaya menghabiskan BB1M aku untuk beli novel thriller by Ramlee Awang Murshid (RAM). Seriously novel dia best gila. And novel yang dia tulis pon bukannya mengjiwang je. Memang thrill habis la. Tak rugi pon kalau korang beli. Lagi satu, novel RAM ni takkan buat korang berangan-angan macam Mat Jenin tu. Takde jiwang-jiwang karat ni. 


Maybe bila korang tengok cover page dia then cakap, "Ek eleh. Tadi cakap bukan novel cinta. Pastu ada pulak perkataan jiwa-jiwa kat cover page ". Sabaq sabaq. Bak kata orang putih, don't judge the book by its cover. Haaa. Masa ni la korang perlu apply kan pepatah orang putih tu. Baca then baru boleh komen pasal novel tu. Aku dulu pon bukannya minat dengan novel-novel thriller ni. Pastu bila kawan aku dah mula ajar aku baca novel thriller since zaman matrikulasi, so aku mula addicted la. Ketagih woo. Macam dadah. Serious aku tak tipu. Memang addicted habes la ni. Huuuu. Tapi takpe la. Yang ni tak bahaya pon. Dan tak membazir. Sampai anak cucu cicit korang pon boleh baca ni. Plusssss, novelis dia pon ada selit-selitkan hal-hal keagamaan ni. So novel-novel ni pon boleh dikatakan novel ilmiah jugak la bukan stakat bahan picisan je. Haaa. Untung tuuh.

Oh lupa pulak. Aku ni bukannya kaki membazir. Bukan beli novel je kerja aku. Ada jugak la beli buku. Buku ilmiah okey..? Atleast takde la aku dok mengadap library tiap-tiap hari kan bila nak guna buku buat rujukan report yang bertimbun tu. Uhh..

RM98.00 -.-

See. Kan aku dah habaq. Aku ni bukan kaki bazir. Aku gunakan sebaik mungkin tau BB1M tu. Apa korang ingat buku-buku chemistry yang tebal 4 inci tu harga 3-4 ringgit?? Amboiii. Almost rm100 hang tau satu buku tu. Korang bayangkan aku kat uni ni ada lagi 6 sem. Every sem beli buku. Mau bankrup aku nanti. Tu tak tambah lagi dengan yuran sem. UPM mahal woo yuran dia. UPM aka Universiti Paling Mahal. hehee.

p/s : use your money wisely okeyh..?

Friday, 10 February 2012

Genius Cara Yahudi


Yup. Tu la tajuk entry aku kali ni. Awatnya? Tak percaya ke aku boleh buat entry serius macam ni kali ni? Hehee. Don’t judge the book by its cover my dear friends. Aku pon reti jugak nak serius-serius ni. Takkan la nak main-main je memanjangkan. Bosan jugak nanti asyik gelak je. Mak aku selalu cakap, orang yang banyak gelak nanti ending dia akan banyak nanges. Well, aku bukan nak mengiakan dan menidakkan kata-kata mak aku ni. Sebabnya memang jelas lagi nyata kot. Contohnya dari segi study. Yela. Kau dah banyak sangat dok main, gelak terbahak-bahak minggu study week, tak study langsung takkan tiba-tiba dapat result exam straight A kan? (terasa sikit-sikit -.- ). Memang la before exam tu korang rasa happy je. Dok fikir nak cuti sem je kan. Roh kat rumah dah, jasad je yang tertinggal kat kolej/uni. Buat full list aktiviti masa cuti la, apa la. Elelee jangan cakap tak. Sebab aku pon pernah buat benda yang sama. Lastly, list entah ke mana, aku pon entah ke mana.

Okeyh. Agak panjang mukadimah aku kali ni. Bukan apa kan. Semenjak dua menjak aku cuti sem ni, dok umah je. So, aku pon dah kira tergolong dalam kalangan mak-mak dah sebabnya hari-hari dok membebel kat adik-adik aku suruh belajar, belajar, belajar. Hahaa. Haaa, lagi satu, bila dah takde kerja ni, banyak rupanya bakat terpendam aku. Dah dekat 20 tahun baru aku tahu. Heeee. Jadi bibik, tukang sapu, tukang cuci, tukang jahit, tukang masak dan jugak driver tak bertauliah memang kerja wajib aku bila kat rumah masa cuti-cuti macam ni.

Okay guys. Too many words make me sick here. Let’s move to our topic today which is Genius in Jewish Way. Yes. Jewish. Yahudi. Korang pon mesti tahu kan bahawa orang Yahudi ni sangat pandai, sangat kaya, sangat kejam dan bermacam-macam lagi yang sangat la. Okay. Name me one of the world famous Jewish that you know. Haaa. Mesti korang dah tahu kan. Kalau tak tahu, google-google la sikit. Orang Yahudi yang aku maksudkan kat sini yela Mark Zuckerberg. Eleh kauuu. Takkan tak kenal. Hari-hari dok mengadap fesbuk dia. Huhhh. Lupa daratan rupanya korang ni. Hahaha. Okey-okey. Joking je. Jangan marah ye. Alright. Mark Zuckerberg ni Yahudi doe. Y.A.H.UD.I. Haa. Tengok betapa kayanya dia sekarang. Dengan aset yang bermilion-milion USD, memang anak cucu cicit dia tak habis makan pon.

So kat sini aku akan post macam mana Yahudi ni boleh jadi genius.



1. Pemakanan

Tahu tak bahawa cara pemakanan harian kita sangatlah penting untuk pembentukan otak yang bijak plus genius? Based on article yang aku pernah baca beberapa tahun yang lalu, orang Yahudi ni sangat menitikberatkan cara pemakan dorang. Since kecik-kecik lagi dorang dah diajar oleh mak ayah dorang. Makanan yang dorang selalu makan ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan pil minyak ikan (code liver oil). Dorang jugak banyak makan ikan berbanding dengan daging. Sebabnya, ikan banyak DHA yakni sangat baek untuk otak. Lagi-lagi kalau ikan tuna. Dorang ni makan isi je. Kepala ikan tak makan sebabnya kat kepala ikan mengandungi bahan kimia yang tak baek yang dapat merosakkan perkembangan otak.
Selain tu, dorang jugak mengamalkan makan sebelum malam dan berhenti sebelum kenyang. Dari segi Islam pon sama. Islam mengajar kita makan masa maghrib especially masa berbuka puasa. Sebabnya masa makan nanti perut kita takde la penuh dan sarat dengan makanan hingga menyukarkan kita beribadat atau membaca pada waktu malam. Terlebih kenyang akan buat kita jadi mengantuk. Badan dah tak cukup oxygen untuk sampai ke otak sebab banyak digunakan untuk menghadam makanan yang berlebihan tadi.


2. Bermain alat muzik
Hahh? Takkan main alat muzik je boleh jadi genius? Macam tipu je kan? Ohh no. Dengan bermain alat muzik la korang boleh jadi genius. Maksud aku kat sini yela bukan korang dok main alat muzik 2-3jam je dah boleh jadi genius, jawab paper Add Math terus boleh dapat A++. Noo. That’s not the way. Kalau ikut kan cara Yahudi, dorang dah ajar anak-anak dorang since kecik lagi dalam umur 5-6 tahun untuk main alat muzik ni especially piano dan violin. Memang dah jadi satu kewajipan bagi dorang.
Menurut seorang saintis Yahudi ni, bila kanak-kanak dilatih main alat muzik masa kecik, plus dorang boleh baca dan faham nota-nota semua tu dapat meningkatkan lagi IQ dorang dan for sure la perkara ni menjadikan dorang bijak. Sebabnya gegaran muzik dapat merangsang otak kita. Kiranya main piano dan violin ni jadi senaman untuk otak. Dan sebab tu jugak la ramai genius muzik terdiri daripada orang Yahudi.


 3. Bersukan dan bersenam

Tahu tak dengan bersukan dan bersenam je kita da dapat menolong diri kita untuk jadi genius? Haa. Ini fakta ye. Bukan auta. Bersukan pon menjadi salah satu aktiviti wajib yang dorang lakukan. Begitu juga dengan bersenam.  Dengan bersenam minimum 30 minit sehari dapat menyihatkan tubuh badan dan jugak otak kita. Dan dengan bersenam jugak la kita dapat salurkan oxygen yang mencukupi ke otak. Bila oxygen cukup kat otak, belajar pon nak senang ingat untuk jangka masa panjang.

Antara sukan yang diberi keutamaan orang Yahudi ialah memanah, menembak dan berlari. Hal ini disebabkan memanah dan menembak dapat melatih otak untuk fokus pada sesuatu perkara disamping mempermudah persiapan untuk perkhidmatan negara tercinta dorang iaitu Israel. (sebab tu ramai penembak tepat semua Yahudi. hehee. oke yang ni rekaan aku je)


4. Rokok

Okay. Yang ni mesti semua tahu kan? Alaaa budak-budak pon tahu yang merokok tu bahaya untuk kesihatan. Bukan untuk kesihatan korang je, kesihatan orang laen pon terjejas jugak tau tak. Kalau nak mati, pi mati sorang-sorang la. Hang tutup kepala hang dengan plastik sampah hitam pastu hisap la rokok puas-puas. Takde sape pon nak larang hang kalau hang buat lagu tu. Okey??

Kat Israel, merokok adalah taboo. Tahu taboo tu apa? Sat aku bukak kamus sat.
::(something) forbidden for religious reason or because it is against social custom.
Maksudnya simple je. BENDA HARAM. Korang cakap makan babi tu haram, pastu hisap rokok tu halal la ye?? Bijak bijak. Memang bijak. Kalah Yahudi sebab dorang pon tak hisap rokok tau dak. Orang Yahudi ni mana ada yang hisap rokok. Kalau ada pon, boleh kira dengan jari tangan je. Tak payah pakai jari kaki pon. Kalau korang dijemput ke rumah kawan korang (Yahudi), jangan sesekali korang hisap rokok. Sebab dorang tanpa segan silu dan takde belas kasihan akan halau korang dari rumah dan suruh korang hisap rokok kat luar rumah dorang. Sebabnya kenapa?? Hang nak pi mati, hang mati la sorang-sorang.

Menurut saintis kat Universiti Israel, nikotin yang terdapat dalam sebatang rokok dapat merosakkan sel utama dalam otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak. Erti kata lainnya, BODOH atau LEMBAB. Dan yang paling memeranjatkan yela, pemilik pengeluar rokok terbesar dunia ialah orang YAHUDI. Haaa. Kan betul Yahudi ni genius. Dorang buat benda yang boleh menyebabkan orang kan bodoh, tapi dorang mana hisap benda-benda bodoh ni.Plus dorang boleh duduk bersenang lenang goyang kaki dan jadi kaya raya dengan hasil jualan rokok kat seluruh dunia. Dan orang-orang Islam kita jugak yang jadi mangsa. Duk habiskan duit beli rokok dan telah berjaya mengayakan orang Yahudi seluruh dunia.



5. Beribadah

Yaaa. Orang Yahudi pon semayang tau. Kita tak semayang. Kita orang Islam solat. Istilah semayang (sembahyang) tu hanya untuk yang bukan Islam sahaja. Korang pernah tengok tak macam mana Yahudi semayang? Salah satu cara dorang semayang ialah dengan menunduk dan mengoyangkan kepala. Menurut para Yahudi sekalian, cara ini dapat mengaktifkan otak dan menambah oxygen dalam kepala. Islam juga ada menyuruh umatnya menundukkan kepala (sujud). Hal ini dapat mensimulasikan otak kita supaya lebih aktif, inovatif, interaktif dan intelektual.



6. Matematik

Haa. Yang ni paling mencabar bagi aku. M.A.T.E.M.A.T.I.K. Memandangkan aku sangat-sangat "in love" dengan math, so benda ni akan jadi lebih susah, mencabar dan complicated bagi aku. Well, memang tak dapat disangkalkan lagi bahawa math ni sangat penting. Even a simple math pon penting tau. Macam mana cara pon korang hidup kat dunia ni, korang takkan boleh lari dari nomborrrrrrr.

Ibu-ibu mengandung kat Israel sangat digalakkan untuk membuat latihan matematik secara konsisten di samping mendengar muzik klasik. Bukannya jawab soalan 1+1=2, 2+2=4. Adoiiii. Jawab la soalan-soalan yang boleh membuatkan korang berfikir secara kreatif dan kritis. Stakat 1+1=2 tu, tak payah nak fikir sangat la kan. Jawapan tu pon korang mesti dah hafal masa darjah satu lagi kan kan kan?? Kalo tak jawab soalan math, dorang akan main sudoku. Permainan sudoku memerlukan tahap pemikiran yang kristis. Even aku sendiri pon stakat lepas level Easy dengan Beginner je kot. Huhuu.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang menyebabkan dorang ni jadi genius. Apa yang aku post ni pon baru je separuh. Aku post entry ni bukannya nak suruh korang taksub sangat dengan Yahudi laknatullah tu. Just nak berkongsi ilmu dan jadikan panduan je. Atleast kita tahu macam mana dorang boleh jadi genius kan? Panduan cara hidup Islam lagi pon lebih kurang sama je. Cuma kadang-kadang orang kita ni terlebih pandang tinggi terhadap orang Yahudi.

p/s : genius cara Islam lagi better kan?

Wednesday, 11 January 2012

Aku dan Alcohol

Hangpa semua jangan dok pikir lain pulak haa. Mentang-mentang aku tulis entry kali ni pasal aku dengan alcohol, hangpa dok ingat aku minum arak pulak. Ishhh. Tolong la wahai umat manusia sekalian. Tak ingin aku nak minum air kencing syaitan nirrajim tu. Nauzubillah. Mintalah dijauhkan dari aku dan anak cucu cicit keturunan aku nanti. Janganlah ada yang nak cipta sejarah gilang-gemilang pulak. InsyaAllah. Amin~~

Bukan apa, terlintas kat kepala aku ni nak buat entry pasal alcohol. Sebabnya, mabuk dok baca chapter ALCOHOL AND PHENOL untuk final exam hari tu tak hilang-hilang lagi. Oke. Kali ni aku nak cerita pasal perfume sebenarnya. Fuhh. Wangi-wangian yang menggoda. *Khayal kejap* Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal pasal perfume ni, aku nak habaq mai pasal seorang pakcik yang jual perfume ni. Bukan pakcik sebenarnya. Lebih kepada ‘abang’. Tapi sebab dia nak condemn aku, so aku panggil dia pakcik. Haahaaa. Padan muka.
Beginilah al-kisahnya…..


PAKCIK : Dik, mai beli mai. Perfume branded ni.

AKU : Owh. Brape ringgit ni pakcik? *Padahal punyalah besar dia tayang harga*

PAKCIK : Murah je ni. RM25 sebotol. Belilah satu.

AKU : Hmmm. Jap eh saya usha dulu.

5 minit kemudian……………

PAKCIK : Tak nak beli ke??

AKU : Kejap.. Kejap. *Sambil sembur perfume banyak-banyak kat baju*

PAKCIK : ……..*Buat muka bosan*

AKU : Pakcik, perfume ni kan, tambah air ke??

PAKCIK : Dik, semua perfume kan air.

AKU : Yela. Saya tau.

PAKCIK : Dah tu…..??? *Muka kerek gila*

AKU : Laa pakcik ni. Perfume kana da brape percent je air. Lagi balance tu ada alcohol, minyak. Saya tau la sebab saya pon belajar jugak benda ni. 

PAKCIK : ……………………???

AKU : Ish pakcik ni. *Then terus blaah dari kedai tu*


So, moral of the story : Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad

Begitulah kisahnya. Dannnn, aku masih tak puas hati dengan pakcik tu sampai hari ni. Sebab apa?? Dia tak bagi tau aku jawapan yang sebenarnya pasal perfume tu. Yela, kalau korang gi kedai perfume yang cikai-cikai (gerai sebenarnya), tanyalah juru jual dia dulu. Perfume tu tambah air ke tak. Sebab kadang-kadang, penjual ni, dorang nak untung cepat. So, dorang beli satu perfume yang ori, then divide into four or five separate bottles, pastu letak air. Maka, taraaaaa. Siaplah empat/lima botol perfume. Untung kan? Kan??

Aku pon pernah jugak beli perfume cikai-cikai cam tu. Eleeehh. Bukan RM25 tapi RM10 je. Ciss. Pakcik tu memang nak cekik darah aku. Ingat boleh kaya la tu kalau tak jujur. Apa?? Ingat atas dahi aku ni ada cop “$ LOADED $” ke?? Amboiii. Melampau nih!! Oke. Habis dah cerita pasal aku dan penjual perfume. Kisah kat bawah ni, aku nak cerita pasal perfume pulak.



Based on knowledge aku dan apa yang aku yang tahu (SAHAJA), perfume ni ada lima (5) jenis. Mereka adalah :
·         Perfume
·         Eau de perfume
·         Eau de toilette
·         Eau de cologne
·         Cologne splash

Dulu time kecik-kecik, aku selalu ingat eau de toilette tu sebenarnya pencuci toilet. Hahaaa. Oke. Lawak dah habis. Now, we go to more serious part. Main content yang ada dalam sebotol perfume ialah oil, alcohol and water. Korang jangan dok ingat oil yang aku tulis tu minyak masak atau minyak gamat pulak. Tak pon minyak senyonyong. Oil yang aku maksudkan kat sini ialah essential oil atau pon fragrance oil. Minyak yang bau wangi harum semerbak kasturi tu la. Apadaaa. So, kalau korang nak lebih faham kat sini, meh aku buatkan satu jadual khas. Tajuk dia “Making perfume/cologne”. Sumpah wei aku tak tipu. Ni aku ambil kat lecturer notes ORGANIC CHEMISTRY kot.*credit to my beloved lecturer J *

Making perfume/cologne

BY PERCENTAGE
% OF TOTAL
% OF REMAINDER

OIL
ALCOHOL
WATER




Perfume
15-30
90-95
5-10
Eau de perfume
8-15
80-90
10-20
Eau de toilette
4-8
80-90
10-20
Eau de cologne
3-5
70
30
Cologne splash
1-3
80
20

nota.kaki.aku : reading from the above example for perfume, your essential/fragrance oils would constitute 30% of the total quantity and the remaining 70% (which is 95% alcohol and 5% water)

Haaaa. Faham dah?? So, to summarize our lesson today, makin tahan lama sesuatu perfume tu, makin banyak content alcohol dia dan makin wangi. Betol ni. Tak tipu!  Sebab aku ada beli perfume yang cikai dan yang ori. Memang jauh beza la. Pakai yang cikai tu, tak sampai 2 jam, bau dia dah hilang da. Pakai 5 minit, pastu kena hujan sikit, dah tak wangi dah. Tapi bila pakai yang ori, start pagi sampai malam nak tidur tu pon still ada bau wangi lagi. Even kena hujan pon bau wangi dia tak hilang.

And, kalau korang nak tahu sesuatu perfume tu jenis apa, korang boleh check kat bawah botol tu. Dia akan tulis punyalah. Selalunya yang aku selalu nampak, eau de perfume dengan eau de toilette je. Kalau nak jumpa perfume yang betol-betol perfume tu, terpaksa la aku menebalkan muka gi tanya akak kat Parkson Alamanda, then usha perfume tu 5 minit pastu blaah cam tu je. Maluuu doe. Setakat tengok je. Bukan beli. Pastu mesti akak tu cakap dalam hati dia, “Amboiii. Belagak nak usha perfume harga beratus-ratus”.

p/s 1: Kak, dalam poket saya ni, ada RM200 tau. Baru je minggu lepas dapat voucher buku. Akak ada?


  
p/s 2 : Kalau korang pernah tengok cerita PERFUME, korang akan tahu how they make the world most amazing perfume. Heee. Movie ni untuk tontonan 18 tahun ke atas SAHAJA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers