Sunday, 6 November 2011

Salam Aidiladha = Salam Perantau

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA

teringin nak sambut raya kat Mekah

Hari ni (6nov2011) merupakan hari yang mulia bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan laen-laen tempat. Alhamdulillah. Kita dapat menyambut hari raya aidiladha dengan family dan rakan-rakan. Tapi aku kat sini, kat kolej, kat universiti ni tak balik kampung beraya dengan family. Wuwuuuu T.T . Sedih kot. Maybe bagi korang "ek eleh, raya haji je pon. bukan nya raya puasa. rileks sudah". Amboi amboi amboi. Mulut cakap mudah. Cakap senang la cik kak cik abang sekalian. Tapi, bak kata cegu BM aku dulu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tau. Bagi korang, raya haji ni macam takde pape, buleh la cakap. Aku ni laen. Orang pantai timur. Made in KELATE. Walaupun kawan-kawan aku selalu cakap yang aku ni KELATE CELUP. Takpe. Tak kisah. Hahahaa~

Orang pantai timur ni, raya haji bagi besar makna dia kalau dibandingkan dengan raya puasa tau. So, kami-kami di pantai timur akan sambut raya haji lebih meriah kalau nak dibandingkan dengan raya puasa. Mana tak nya, kalau time raya haji la kita buleh bertemu muka, beramah mesra, bekerja sama dan laen-laem BER yang relevan lagi. Sebab time kita nak sembelih lembu/kambing/kerbau/unta, buleh jumpa dengan jiran-jiran, sanak saudara sambil bekerja sama kejar lembu yang terlepas nak buat korban tu. Raya puasa mana ada. Ada? Ada ke maen kejar-kejar dengan lembu pagi-pagi buta? Takde kan kan kan?? Ni la yang special nya pasal raya haji ni.

Lagi satu, time raya haji la la kita buleh pupuk rasa bermurah hati tu yakni sedekah. Haaa. Kan baguih tu. Lepas sembelih dah lembu-lembu yang dok berlari berkejaran pagi-pagi tadi, daging sembelihan tu buleh la kita sedekah kat orang-orang yang layak menerima. Ahli keluarga, orang miskin dan laen-laen. Kan elok macam ni. Takde pembaziran macam raya puasa sebab kita dah tak fikir dah pasal langsir baru, sofa baru, berapa ringgit duit raya (kalau bagi sikit orang cakap kudakut), kasut baru semua. Haaa. Kan elok cam tu. Takde pembaziran pon kan? Kan? MEMBAZIR TU AMALAN SYAITAN NIRRAJIM.

Tapi yang tak elok nya, korang ni suka sangat ikot nafsu serakah tu. Mentang-mentang la makanan banyak time raya, semua benda korang nak bedal kan. Nampak makanan je telan. Nampak makanan je telan. Parah betol la. Korang kena belajar kawal nafsu. Jangan bagi nafsu kawal korang. Ingatlah! Orang laen yang kat tempat-tempat cam India, Afrika (ceruk hutan), Iraq, Afganistan tu semua tak cukup makan tau. So, pandai-pandai la korang bersyukur dengan apa yang ada ye. 

buat ayahanda dan bonda tercinta kat kampung : ingatlah anakanda di perantauan ni sambil makan daging korban tu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers